no comments

Selain KFC Cuba Teka Apa Yang Sultan Johor Bagi Kat Diorang Ni?

Malam Nanti Saya Hantar KFC” – Reaksi Spontan Sultan. Baru-baru ini viral beberapa keping gambar dan video Sultan Johor bersama sekumpulan pelajar sekolah di tepi pantai yang berhampiran dengan Istana Sri Mersing di Sekakap.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Sultan Johor, kumpulan pelajar berkenaan dilihat dengan gembiranya mengejar dan melambai-lambai kenderaan yang dipandu Baginda itu sambil memanggil “Tuanku, Tuanku.”

Baginda yang memandu pacuan empat roda jenis Land Rover berwarna oren dengan bernombor pendaftaran ZZZ 1 dilihat memberhentikan kenderaan dan terus menanyakan khabar kepada kumpulan pelajar terbabit.

Kumpulan pelajar itu turut menjemput Sultan Johor ke Kem Pusat Kecemerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing, di mana mereka sedang menghadiri kem motivasi namun tidak dapat ditunaikan atas komitmen lain tuanku.gambar sultan johor dengan pelajar sekolah

“Makan sedap tak semua?” tanya Baginda.

“Kami belum makan,” ujar pelajar.

“Alahai kesian.. nak saya belanja makan?” yang disusuli reaksi mereka seakan tidak percaya dan serba salah hendak menjawab.

“Nanti saya suruh hantar KFC yer.. berapa orang semua,” kata Baginda.

Baginda kemudian bertanya berapa ramai pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam kem motivasi dan berapa lama mereka akan berada di situ.

Selain KFC Cuba Teka Apa Yang Sultan Johor Bagi Kat Diorang Ni?

sultan belanja kfc

Pada petang itu juga, sebanyak 150 bungkusan KFC telah dihantar ke pusat kem motivasi tersebut dengan pesanan daripada Baginda agar belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru.

Reply