no comments

‘Selagi Saya Hῗdup, Saya Akan Buat Terbaik Untuk Anak & Keluarga’.. Lelaki Bὔta Vῗral, Setiap Hari Gendong Anaknya Menaiki LRT

“Selagi saya hidup saya akan buat yang terbaik untuk anak dan keluarga.Jangan anggap orang yang cacat penglihatan, pergerakan dan aktiviti semuanya terbatas,” itu kata-kata Muhammad Firdaus Khairi.

Ianya selepas gambar beliau yang menggendong anaknya, Muhammad Razin Hamizan (berusia lapan bulan-2017) menaiki Tansit Aliran Ringan (LRT) hampir setiap hari untuk dihantar ke rumah pengasuh, tular di laman sosial sebelum ini.

Muhammad Firdaus berkata, orang yang cacat penglihatan sepenuhnya sepertinya bukan hanya bergantung kepada penglihatan semata-mata, kerana turut menggunakan deria lain termasuk pendengaran, rasa dan naluri yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Menceritakan mengenai gambarnya yang tular di Facebook, dia berkata, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sentul Timur selepas menjemput anak lelakinya di pusat penjagaan berdekatan kediamannya.

“Itu adalah rutin harian saya di mana sebelum ke tempat kerja di Titiwangsa, saya akan berjalan ke stesen LRT untuk menaiki LRT bagi menghantar anak ke pusat penjagaan selewat-lewatnya sebelum 8 pagi.

“Selepas selesai kerja iaitu pada 5.30 petang, saya akan menjemput isteri di tempat kerjanya di Taman Pelangi, Sentul sebelum sama-sama menjemput anak di pusat penjagaan berkenaan,” katanya.

Menurutnya yang berasal dari Pelabuhan Klang, Selangor, dia dan isteri, Noor Hidayah Ibrahim, yang juga cacat penglihatan kategori rabun teruk akan membahagikan tugas menjaga anak kerana isteri juga bekerja.

“Selalunya isteri akan mengambil tugas menjaga anak pada waktu malam manakala saya pula akan mengambil serta menjemput anak selepas selesai waktu bekerja. “Kadang-kadang isteri juga akan bekerja pada Sabtu dan saya akan menjaga anak sehingga isteri pulang bekerja pada hari berkenaan,” katanya yang menggunakan aplikasi ‘Talk Back‘ di telefon bimbit Andorid miliknya dan perisian khas, ‘jaws‘ di komputer untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Katanya, dia menjaga anak sama seperti bapa normal lain namun bezanya dia lebih banyak menggunakan deria lain dan naluri termasuk bagi menjaga pergerakan anak yang kini semakin aktif.

“Misalnya penjagaan membabitkan penukaran lampin pakai buang. Saya akan pastikan sama ada dia kering atau basah.

“Kalau basah lampin itu biasanya akan mengembang. Dari aspek pemakaian lampin pula, saya akan pastikan ia berada pada kedudukan betul-betul di bawah punggung anak,” katanya.

Katanya, dia tidak menyangka gambarnya itu akan menjadi tular di laman sosial selain terkejut selepas dimaklumkan isterinya mengenai perkara itu.

“Alhamdulillah, semuanya tidak dijangka dan ia adalah rutin harian yang saya buat,” katanya.

p/s: semoga dipermudahkan segala urusannya sekeluarga. Aamin ya rabbal alamin..

Reply