no comments

Sedih Dikelilingi Rakan Dari Keluarga Kaya. Kini Pelajar MRSM Ini Lompat Ke T20 Jana 9k Sebulan

Tiada siapa yang dapat menyangka seorang anak dari golongan asnaf mampu mengubah taraf hidupnya menghampiri golongan kaya atau dikenali kumpulan T20.

Mengakui, kehidupan yant dilalu cukup perit dan memilukan ,gadis berusia 20 tahun ini telah nekad untuk mengubah nasib keluarganya yang susah.

Apabila menceritakan mengenai kisah kehidupannya kepada MStar, Sarihan Mustapha mengatakan, dirinya hanya dibesarkan oleh ibu yang hanya berpendapatan RM500 sebulan.

“Selepas berpisah, saya dan enam lagi adik beradik telah dibesarkan sepenuhnya oleh mak sejak dari kecil hinggalah saya berumur 17 tahun. Mak memang tiada kerja tetap.

“Memang kami ada dapat bantuan ibu tunggal, tapi tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan satu keluarga. Dari Kecil lagi, setiap kali saya isi borang ibu bapa, bahagian pendapatan, memang saya ingat,sentiasa isi RM500 sebulan.

“Kadang-kadang tu rasa malu risau takut orang pandang rendah dan hina bila orang tanya mak kerja apa, hal itu berlanjutan sehinggalah saya berjaya masuk ke MRSM ( Maktab Rendah Sains Mara) ,kongsinya yang merupakan anak keenam.

Beliau yang dilahirkan di Bachok Kelantan itu berkata ,keadaan jadi bertambah sedih bila sampai masa dirinya belajar pula di peringkat sekolah menengah.

Manakan tidak sedih, pendapatan ibu bapa rakan rakan sekelas sangat tinggi dan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

“Semasa saya di tingkatan 4 dan 5 say dimasukkan ke MRSM Bitara (program khas) , di tempat itu kebanyakann pelajar dalam kalangan keluarga yang kaya dan ada ibu bapa mereka yang bergelar datuk.

“Namun ketika saya berada di tingkatan 5, mak saya tidak lagi bekerja sebagai pembantu di kantin sebaliknya bertukar kepada kerja kampung dengan gaji RM500.

“Semasa saya di MRSM pula, sesi pembelajarab hanya menggunakan iPad sahaja , jadi masa tu dalam keadaan keluarga yang susah dan adik beradik pun tak dapat nak tolong, kami tidak mampu memiliki gadjet berkenaan. Sebaliknya kami memohon bantuan dengan wakil rakyat namun langsung tidak dibalas, jadi saya tetap juga meneruskan pembelajaran tanpa penggunaan iPad tersebut selama 2 tahun, kongsinya dengan nada sebak.

Apabila mengimbau semula kesukaran yang dialaminya pada ketika itu, Sarihan memaklumoan hanya dua orang sahaja daripada 20 pelajar yang tidak mempunyai iPad semasa sesi pembelajaran kelas.

“Situasi kekurangan itu menyebabkan saya belajar dalam keadaan yang sedih kerana dikelilingi orang kaya. Apa yang mereka nak untuk proses pembelajaran sentiasa dapat.

“Walaupun saya ni ada biasiswa ,tapi buku akaun tersebut dipegang oleh kaunselor, selalu je rasa tak seronok, sebab bila duit tengah kurang, perlu jumpa kaunselor untuk minta nak keluarkan duit. Pelajar lain pun memang dah tahu biasanya pelajar miskin yang selalu pergi jumpa kaunselor”,ujar Sarihan.

Kerana resah dengan situasi itu, menyebabkan Sarihan tidak mampu memperoleh keputusan yang baik seperti dalam target sekolah.

Malah Sarihan pernah terdetik dalam hati untuk berhenti sekolah elit tersebut.

Tapi disebabkan sokongan dan dorongan berterusan dari ibu, dia kuatkan semangat untuk terus bersaing dalam pelajaran.

“Saya sangat bersyukur kerana mempunyai rakan – rakan tidak menyampah atau berkira dengan saya ketika saya tiada apa apa.

“Saya akui selalu rasa insecure dengan diri, selalu bersedih dan menangis sorang diri, saya telefon mak dan mengadu kawan kawan yang lain pandai dan kaya. Alhamdulilah walaupun dalam hati ni rasa nak berhenti sekolah, tapi mak sentiasa bagi semangat dan dorongan untuk saya terus bersaing sampai lah habis” tambah Sarihan lagi”.

Seperti anak remaja yang lain ,semua inginkan kehidupan yang senang dan mahu mengubah nasib keluarga

“Sebaik menamatkan persekolahan ,saya menitipkan doa supaya apa yang ingin lakukan dipermudahkan, masa tu saya hanya fikir macam mana nak ubah kehidupan yang masih dalam status asnaf dan says sendiri tidak menyangka boleh buat bisnes selepas tamat SPM. Syukur alhamdulilah saya Allah telah buka mata saya untuk lihat para pelajar universiti terlibat dalam bisnes.

“Selepas menjejak ke usia 18 tahun ,saya terus mendaftar sebagai agen kepada satu produk dan dalam masa tiga bulan, saya berjaya menjana pendapatan sehingga 4 angka. Ketika itu saya dalam proses pendaftaran ke matrikulasi.

“Rasa seronok sangat ketika orang lain beratur untuk mengeluarkan elaun belajar, saya sendiri dapat bonus bisnes. Pendapatan yang saya dapat membolehkan saya beri wang belanja kepada Mak sebanyak RM1000 dan RM1000 lagi untuk berbelanja” kongsikan yang pernah dapat pendapatan RM9000 semasa usia 19 tahun.

Melahirkan rasa syukur dengan rezeki yang diperoleh ketika usia muda, Sarihan turut merasa gembira kerana usahanya itu turut disokong oleh pensyarah, pensyarah juga tidak menghalang dirinya melakukan bisnes.

Ketika di matrikulasi , saya belajar aliran sains dan menjadi pelajar fast track , walaupun dalam masa yang agak singkat, saya sempat jugak buat bisnes walaupun kawan kawan lain bagitahu dah hampir kurang waras sebab jadual belajar padat sangat padat.

“Semangat yang saya ada ini diperolehi dari tekad saya untuk mengubah nasib keluarga dan diri, saya tak mahu lagi berstatus asnaf , sibuk atau tidak saya tetap kena teruskan bisnes ni, walaupun sedang dalam pertengahan peperiksaan, saya berjaya mencapai bonus bersih sehingga RM9,000.

“Apabila saya telah terlibat dalam bisnes ni, saya berjaya ‘lompat’ sehingga mencapai status T20” kongsinya yang turut menyeru buat insan lain yang mungkin menerima nasib yang sama sepertinya agar tidak berdiam diri dan melakukan sesuatu untuk mengubah taraf hidup.

Walaupun sibuk dengan bisnes, beliau tetap mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Kini Syarihan sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan. Keputusan dalam pengajiannya tetap cemerlang walaupun dalam kesibukan ,beliau mampu mencapai pointer sehingga 3.74 dalam pelajarannya.

Sebelum ini video perkongsiannya telah tular di Tiktok dan sehingga kini telah mencapai tontonan sehinga 134,000.

Reply