no comments

Sedar-sedar, I tak pakai baju dan banyak cecair putih di atas perut’ – Gadis dipukau dan dirogol lelaki botak

Golongan wanita dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan elakkan keluar seorang diri bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Hal ini demikian kerana, jenayah rogol di negara ini sangat membimbangkan. Terbaru, seorang lelaki berkongsikan satu kisah rogol yang berlaku kepada seorang wanita. Apa yang mengejutkan kes rogol ini ada kaitan dengan pukau.

Viral di laman Twitter baru-baru ini, kes seorang wanita dirogol oleh lelaki yang tidak dikenali kerana mangsa telah dipukau dan hanya menyedari apa yang berlaku setelah mendapati dirinya berada di tempat yang tidak sepatutnya.

Menurut Khairul (@TOKhairul), kes itu merupakan kes kedua yang dipernah didengarnya sebelum ini seperti mana yang diceritakan oleh mangsa.

“Ini kali kedua aku dengar kes rogol pukau dari mangsa sendiri. I don’t think we can educate demons anymore. Take care girls, jangan keluar malam bersendirian,” tweetnya.

Menurut wanita yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, kejadian itu berlaku dua tahun yang lalu ketika dia berusia 26 tahun.

Jelasnya, dia hanya menyedari dirinya dirogol setelah mendapati dirinya tidak memakai baju dan di atas perutnya terdapat banyak cecair putih.

Dinasihatkan kepada semua wanita diluar sana supaya berhati-hati apabila keluar dari rumah dan pastikan jangan keseorangan. Elakkan dari jenayah rogol ini.

 

Reply