no comments

Sebelum Ni Gaji 7 Ribu, Tapi Sekarang, Sedih Bila Tengok Payslip Kerja Baru Ni..

Kesan daripada kegawatan ekonomi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bukan sahaja syarikat kecil yang terkesan dan terpaksa ditutup. Syarikat Korporat yang besar juga turut terkesan dan mengalami proses ‘Downsizing’ pekerja untuk mengawal kos operasi.

Maka ramai dalam kalangan mereka yang bekerja dalam sektor berpendapatan tinggi turut sama terkesan dan dibuang kerja.

Pada kali ini, penulis berkongsian satu luahan perasaan dari seseorang yang bernama Hanis (bukan nama sebenar) tentang pengalaman beliau dibuang kerja dengan gaji akhirnya 7 ribu.

Nama aku Hanis, berumur 30 tahun ,sudahpun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak. Aku bekerjaya profesional dalam bidang oil and gas.

Pengalaman aku bekerja di syarikat oil and gas ini sudah 10 tahun selepas graduate dan aku bekerja di sebuah syarikat yang stabil dengan gaji RM7k bersama dengan benefit yang bagus.

Aku dan suami boleh dikatakan hidup dalam keadaan yang selesa, ada sebuah rumah sendiri dan dua biji kenderaa yang dibeli ketika masih bujang.

Kalau bab melancong, makan di tempat yang best-best, berbelanja untuk diri sendiri dan ahli keluarga adalah rezeki yang kami dapat buat dengan pendapatan masing-masing. Hal urusan kerja dan hubungan dengan rakan sekerja juga baik termasuk dengan client.

Aku sangat happy dan enjoy dengan kerja aku. Adalah sedikit masalah, tidak smooth sailing projek, itu biasa dan masih boleh dihadapi lagi.

Tidak disangka, pandemik covid-19 mengubah segala-galanya..

Ketika pandemik diumumkan pada Mac tahun 2020, bulan oktober tahun tersebut, satu mesyuarat telah diadakan oleh organisasi aku bekerja. Semua staf dipanggil dan berita yang kami tidak mahu dengar akhirnya terjadi.

Organisasi aku akan buat ‘rentrenchment dan ‘downsizing’. Aku antara ‘insan terpilih’ itu.

Satu tamparan hebat untuk aku. 1 hingga 2 hari aku menangis nak kumpul kekuatan disamping sokongan suami, mak dan mak mertua aku. Mereka sudah tahu bagaimana passion aku pada kerjaya.

Aku rasakan sia sia sahaja usaha aku selama ini untuk selesaikan projek dan memberi keuntungan kepada syarikat yang aku bekerja.

Dipendekkan cerita, aku dapat juga pampasan atau VSS yang agak lumayan dari rentrenchment ini. Dapatlah dalam RM21K dan tarikh khidmat berakhir pada 31 Disember 2020.

Alhamdulilah hutang kereta aku sudah lama settle dan aku cuma perlu bayar komitmen lain yang kecil seperti handphone dan insurans sahaja.

Suami aku masih bekerja dan mampu untuk tanggung aku, jika duit pampasan dan simpanan aku habis sebelum dapat kerja lain.

Pada Januari 2021 sehingga Mei 2021, bermulalah kehidupan aku sebagai penganggur terhormat. Rutin aku bermula seawal pukul 4.30 pagi, aku akan buat solat tahajud, subuh, buat sarapan dan bekal kepada suami aku.

Sebelum ini, memang jarang sekali aku buat sarapan untuk suami. Masa kerja dulu aku bangun pukul 6-6.30 pagi.

Selepas suami aku pergi kerja, aku buka laptop dan bermulalah perjalanan aku mencari pekerjaan di Jobstreet, Linkedin dan semua portal cari kerja sambil menguruskan rumah tangga yang selama ini aku abaikan.

Gambar sekadar hiasan

Masa beribadat dengan Allah? Aku akui, aku semakin dekat dengan Allah. Pagi aku bermula dengan baca Al-Quran dan dhuha. Bila aku bosan , aku buat eksperimen dengan masak sambil call mak aku.

Berbalik kepada usaha aku cari kerja tu, beratus-ratus permohonan kerja aku dah buat. Berpuluh interview aku hadir dan akhirnya aku terima interview dari satu badan kerajaan. Banyak juga stage aku kena hadap, bukan pakai kabel ya.

Dalam tempoh selama 5 bulan menganggur, aku jadi orang yang self esteem dan confident menurun. Sebelum ni, semua orang kenal, aku adalah seorang yang berani, lantang bersuara dan memberi pendapat.

Berbalik kepada interview tu, aku lulus interview dan perlu melaporkan diri pada bulan Jun 2021 sebagai pegawai pengurusan gred yang tinggi.

Gaji yang aku ditawarkan ialah RM2.5K dan tidak termasuk elaun-elaun lain yang bila ditambah hampir RM3.5K. Benefit as employee disini sangat best dan cover juga untuk suami dan anak anak. Alaa korang pun tahu, Bonus dan kenaikan gaji serta pangkat pun memberangsangkan.

Masa aku ditawarkan dengan gaji macam tu, HR ada inform aku yang aku perlu mula dari bawah dan pengalaman aku selama ini, hanya ditolak tepi. Sedih ya.

Bersusah payah aku bekerja selama ini untuk dapatkan gaji besar dan akhirnya aku perlu bermula dari bawah balik.

Mak aku happy dan dia berharap sangat aku dapat kerja kerajaan, jadi dia suruhlah terima kerja itu. Aku laporkan diri atas kekuatan doa dan restu mak aku sebab aku sangat percaya, mesti ada keberkatan doa dari seorang ibu. Maka aku terima tawaran kerja tu.

Duit VSS aku masih ada aku simpan untuk hal-hal kecemasan sahaja. Aku juga baru sahaja selesai ujian jadi agen insuran sebab nak cabar diri selain menambah pendapatan dan network. Hehe..

Sekarang dah 7 bulan aku bekerja di agensi kerajaan ni, suasana berbeza dari segi gaji, skop kerja ( relate tapi tak berat sangat dan masih boleh handle pengurusan projek) dan rakan sekerja baru.

Walaupun gaji agak sedikit, tapi aku dapat muhasabah, kerja sekarang lebih tenang , masa bersama suami lebih ( pukul 5.30 aku terus angkat beg balik )

Bos yang lebih fleksibel dan memahami walaupun ada juga hal hal “standard perangai gomen staf senior” yang susah nak terima perubahan dan pendapat.

Alhamdulilah markah laporan prestasi akhir tahun 2021, bos aku memberi markah yang menggembirakan aku. Aku memang perform dan laksanakan tugas diberi dengan sebaiknya. Aku selalu beri lebih dari sepatutnya bila tugas diberikan.

Budaya kerja di private dahulu, aku bawah culture itu ke dalam diri aku kat tempat kerja baru ni. Aku fokus kepada selesaikan tugas dengan efisien dan teratur.

walaupun aku perlu bermula semula dari bawah dengan gaji yang sebegitu. Ada juga setan datang bagi rasa ‘down’ bila tengok payslip aku. Rasa sedih tapi aku ada kekuatan. Kekuatan aku adalah suami dan mak aku yang banyak beri sokongan, doa dan pesan mak supaya sentiasa bersabar.

Aku kini sudah redha dan tawakal , andai ini adalah takdir kerjaya aku dengan agensi kerajaan sampailah aku pencen. Aku ada lagi 25 tahun untuk aku berkhidmat disini dan aku sangat bersyukur setelah diterima bekerja disini.

Begitulah perkongsian Hanis, walau apa pun yang terjadi, kita harus bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki pekerjaan dikala orang lain masih berdepan dengan kesukaran mendapat pekerjaan dalam tempoh kegawatan sekarang ini.

Reply