no comments

Inilah Sebab Kenapa Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi

Sebab Kenapa Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi.png

Kopi merupakan minuman popular yang diminum pada waktu pagi. Kopi mengandungi kafein yang dapat membangkitkan semangat. Ada orang yang merasa hari mereka tidak sempurna jika belum minum kopi di waktu pagi.

Perkara ini dilihat normal, namun ternyata sebuah kajian yang dipaparkan di laman web dailymail.co.uk menyarankan agar kita tidak meminum kopi di pagi hari.

Inilah Sebab Kenapa Kita Perlu Elakkan Minum Kopi Sebelum Jam 9 Pagi

Menurut pakar, ketika di pagi hari, tubuh kita mempunyai hormon cortisol yang mencukupi dan bertindak untuk membuatkan badan kita kekal cergas, aktif dan terjaga. Jadi sebenarnya badan kita telah menghasilkan ‘kafein’ secara semulajadi dan tidak perlu lagi meneguk secawan kopi atau apapun minuman yang mengandungi kafein. Ini adalah hasil penelitian dan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine.

Pakar perubatan telah melakukan penelitian dan mendapati bahawa waktu paling baik untuk menikmati kopi setiap hari adalah di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi kerana kafein akan memberi tindak balas dengan hormon kortisol yang membantu tubuh bekerja lebih cergas dan aktif serta meningkatkan kewaspadaan.

Pada waktu pagi, minuman kopi mungkin berguna dan mempunyai kesan efektif jika dinikmati di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi.

Reply