no comments

Saya Tak Dapat Kerja, Dah Takde Apa Langsung- Kerana Jatuh Terduduk, Tajul Nekad Guna Duit Simpanan

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Tajul-24 yang merupakan adik kepada arwah Achik Spin. Beliau yang menempa nama menerusi program Big Stage itu pernah mengalami pengalaman menyedihkan ketika sedang tiada peluang kerja dan sumber pendapatan.

Tajul atau pemilik nama sebenar Tajul Ariff Nood Md Shari berkongsi, semasa itu beliau memang nekad mencuba nasib untuk tidak mahu membiarkan isterinya berada dalam kesusahan hidup bersamanya.

“Saya pernah jatuh paling susah dalam hidup dalam setahun lebih selepas mendirikan rumah tangga. Nama saya sunyi sebentar semasa tempoh itu.

“Saya tiada tawaran kerja, takde review, apa pun tiada

“Semasa tu, kami sekeluarga sedih sebab baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan isteri saya dan bakal menimang cahaya mata. Masa tu pulak diuji dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memang saya jatuh terduduk lah..

“Isteri saya nekad untuk memulakan perniagaan dan saya pun berikan satu-satunya simpanan terakhir saya. Kalau tak buat, nanti pasti duit tu dibazirkan sahaja.

“Saya nekad jadikan ia modal dan syukur Alhamdulilah, perniagaan itu menjadi sampai sekarang masih bertahan, cerita Tajul.

Semasa berhadapan dengan ujian itu, dia masih berada di fasa awal perkahwinan, penyanyi lagu Tragedi Cinta itu tidak sanggup melihat emosi isterinya terganggu.

“Saya pun faham sangat apa dia rasa, mesti tengah sedih sangat, semasa itu pula dia tengah mengandung, mesti termenung, macam mana nak teruskan hidup bersama saya. Kata Tajul yang ditemui pada sidang media pratonton siri lakonannya Sorry Naik Lori keluaran iQIYI.

Tajul yang berlakon di bawah arahan Aidilfitri Mohamed Yunus itu turut digandingkan bersama Nazim Othman, Ruhainies, Sheila Mambo, Nafiz Muaz dan Asha Zainul.

Siri tersebut mempunyai 15 episod dan akan mula ditayangkan pada 4 November ini secara eksklusif di aplikasi iQIYI dan juga iQIYI International bersama episod baharu. Ianya akan mula disiarkan setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Berkenalan dengan Tajul

Nama sebenar Tajul adalah Tajul Ariff Nood bin Md Shari dilahirkan pada 1 April 1998 di Felda Sendayan Negeri Sembilan. Tajul adalah penyanyi di bawah naungan Syarikat Rakaman FMC Music.

Ini adalah antara fakta menarik mengenai Tajul

  1. Beliau adalah adik kepada arwah penyanyi Achik Spin, Arwis Spin, Khalis Real Spin dan Beby Acha.
  2. Tajul adalah anak paling bongsu daripada 10 adik beradik.
  3. Tajul pernah bergelar penyanyi nasyid untuk kumpulan Akhdan yang mengetengahkan lagu ketuhanan dan zikir.
  4. Beliau mula popular selepas menjadi artis rakaman dibawah FMC Music melalui single solo pertamanya, yang bertajuk Sedalam-Dalam Rindu pada tahun 2016. Kemudian Tajul mula terlibat dalam single secara duet bersama dengan Wany Hasrita yang bertajuk Tragedi Cinta (2022).
  5. Video klik lagu sedalam-dalam rindu telah mendapat tontonan lebih 27 juta di ruangan Youtube.
  6. Tajul terlibat menyertai program realiti Astro ‘Big Stage pada tahun 2018 yang menampilkan penyanyi dalam kalangan BBNU. Beliau bagaimanapun tersingkir pada minggu ke-5.
  7. Beliau telah berkahwin dengan isterinya Nur Shamieza Eddit pada 10 Disember 2017 dan kini mempunyai 2 orang cahaya mata.

Kita doakan supaya Tajul terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi!

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close