no comments

“Saya Suruh Dia Berhenti Kerja, Saya Bayar Gaji Dia” – Abam

Secara lumrahnya menjadi suri rumah tangga bukanlah satu pekerjaan yang dibayar gaji atas tugas yang dilakukan. Oleh kerana disebabkan itu, pelawak terkenal dengan nama Abam Bocey telah membuat kelainan dalam rumah tangga mereka dengan menjadikan isterinya seorang suri rumah yang bergaji setiap bulan.

Kerana tidak mahu orang luar menjaga dan mengasuh anaknya, Abam berkata dia meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd Ali berhenti kerja bagi menjaga anak mereka dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Abam sanggup membayar gaji setiap bulan kepada isterinya semata-mata mengelakkan daripada menghantar anaknya Syed Uthman Hamzah yang kini berusia 8 bulan ke mana-mana pusat asuhan.

“Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya mintak isteri untuk berhenti kerja demi jaga anak kami.

“Jadi, apa yang saya buat ialah saya ‘beli’ gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia dapat setiap bulan,” katanya.

“Kalau dia nak beli apa dengan duit tu, dia punya pasal. Saya hanya masukkan ke akaun dia setiap bulan. Itu hak dia, duit gaji dia.

“Bab nafkah dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali sebab saya bagi lain,” katanya. Abam berkata isterinya sebelum ini adalah seorang akauntan.

Mendirikan rumah tangga bersama pasanganya pada 8 Disember 2017, kini hasil perkongsian hidup Abam dan isteri telah dikurniakan seorang anak Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.

Reply