no comments

“Saya Ni Tak Cantik ,Suara Pun Biasa Je”- Kata Najwa Latif Kongsi Sebab Tak Masuk GV

Siapa peminat lagu ‘Cinta Muka Buku’ pasti akan teringat akan satu nama yang agak dikenali pada sekitar tahun 2012 iaitu Najwa Latif. Ketika itu juga, adalah waktu facebook semakin dikenali, dan ramai yang mempopularkan perkataan facebook ini dalam bahasa melayu iaitu ‘Muka Buku’.

Apa yang lebih menarik, Lagu Cinta Muka Buku ini sangat popular sehingga Najwa Latif menerima impak populariti yang luar biasa , sehingga mampu berada di pentas Anugerah Juara Lagu.

Masa terus berlalu, dan sehingga kini, sudah agak lama kita tidak mendengar khabar berita mengenai Najwa Latif.

Najwa Latif kini telahpun berusia 27 tahun dan sekarang telah bekerja tetap sebagai seorang pensyarah bahasa inggeris di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Ramai peminat sangat mengkagumi kejayaan yang dikecapi kini oleh Najwa, tidak kurang juga yang merindui akan suara dan lagu-lagu “catchy” dendangan Najwa.

Maka timbulah pertanyaan yang kerap kali ditanyakan kepada Najwa, kenapa tidak kembali menyanyi. Walaupun bergelar pensyarah , boleh sahaja luangkan masa menyanyi sebagai aktiviti hobi dan melepaskan rindu dalam industri seni.

Soalan paling kerap ditanya ialah kenapa tak masuk bertanding, seperti rancangan Gegar Vaganza. Jawapan Najwa amat mengejutkan.

“Saya pernah dapat soalan ini dan akan jawab lagi. Berkemungkinan besar, saya tidak akan menyertai mana-mana pertandingan”

“Saya sedar suara saya average (biasa ) dan pakej yang dimiliki kalah jauh daripada penyanyi lain” Katanya.

Kata Penyanyi Cinta Muka Buku itu lagi, beliau merasakan dirinya tidak mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penyanyi seperti cantik, rupa paras menawan dan aktif bersosial dengan individu yang lain.

“Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat”.

Dari perkongsian ini, Najwa lebih memilih untuk menguruskan hal sendiri dan fokus kepada kerjaya sebagai seorang pensyarah.

Bercerita lebih lanjut mengenai karier beliau sebagai penyanyi sebelum ini. Lagu Cinta Muka Buku yang merupakan single pertamanya telah menjadi lagu hits sehingga membawa namanya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 26. Pada ketika itu, usianya baru sahaja mencapai 16 tahun.

Namun kini, Najwa Latif telahpun berkhidmat sebagai Pensyarah selama tiga tahun. Selain itu juga, Najwa kini dalam usaha untuk menyambung pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sikap Najwa Latif yang gigih menuntut ilmu ini amatlah dipuji. Dan beliau berusaha sedaya upaya menambah ilmu dalam bidang pengajaran bahasa inggeris sebagai bahasa kedua (TESL).

Walau apa pun keputusan Najwa Latif, sudah pasti ianya adalah yang terbaik untuk beliau. Buat peminat yang merindui akan suara beliau , teruslah mengikuti beliau di akaun instagram.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif supaya dapat berkhidmat dan menabur jasa kepada lebih ramai pelajar dalam bidang pengajaran yang dikendalikan.

Reply