no comments

Saya Mungkin Bertanding Jawatan Presiden Kerana Kata-Kata Gila Terhadap Orang Islam – Will Smith

Saya Mungkin Bertanding Jawatan Presiden Kerana Kata-Kata Gila Terhadap Orang Islam - Will Smith.jpg

Pelakon terkenal Hollywood, Will Smith mendedahkan rancangannya untuk menyertai arena politik apabila dia kecewa dengan kenyataan-kenyataan “gila” Donuld Trump terhadap orang Islam.

Pelakon filem Men In Black itu memberitahu CBS : “Jika orang ramai terus menerus mengatakan perkara gila seperti mana yang mereka kata di TV pada tempoh hari tentang dinding dan orang Islam, mereka akan memaksa saya ke arena politik”.

Pelakon yang berusia 47 tahun itu juga berkata sekiranya dia menyertai arena politik, sudah tentu dia akan bertanding di peringkat tertinggi.

“Maksud saya, saya mesti jadi presiden”.

Smith berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Donald Trump yang mahukan pengharaman terhadap semua orang Islam dari memasuki negara itu.

Donald Trump sebelum ini mencadangkan satu dinding sempadan dibuat untuk mengharamkan orang Islam dari memasuki Amerika. Selain itu dia juga turut mencadangkan masjid-masjid di negara tersebut diletakkan dibawah pengawasan.

Reply