“Saya Lambakkan Duit Tu Dekat Arwah Mak” Dato Jamal Abdillah Teringat Kisah Lama

Mungkin ramai yang masih tidak tahu lagi bahawa Dato Jamal Abdillah telah berkecimpung dalam bidang nyanyian selepas kemunculannya menjadi juara Bintang RTM Tahun 1979. Pada ketika itu, rancangan tersebut merupakan pertandingan nyanyian nombor satu negara.

Pada malam kejayaannya itu, beliau yang ketika itu baru berusia 17 tahun telah menyampaikan lagi yang telah dipopularkan oleh Kumpulan Alleycats yang berjudul ‘Senandung Semalam’. Suaranya begitu memukau dan berjaya membawa impak yang baik kepada lagu tersebut.

Penyanyi yang memiliki suara emas dan memegang gelaran Raja Pop Malaysia telah ditemubual bersama Dj Nazz dan menceritakan kembali kisahnya pada awal pembabitan beliau dalam bidang nyanyian.

Hasil tembual Dj Nazz yang cukup sinonim dengan temubual eksklusif bersama selebriti akhirnya berjaya membongkarkan kisah yang tak pernah diceritakan oleh Dato Jamal kepada umum. Program bual bicara itu dikenali sebagai Begitu Begini Dj Nazz di laman Youtube Gegar.

Awal-awal Jamal terlibat dalam bidang nyanyian, beliau mendapat tentangan dari bapanya, menurut beliau, semasa dia ingin menyertai RTM, bapanya cukup menentang hasratnya itu. Bapanya adalah Haji Mohd Ali yang juga merupakan seorang Qari.

Walaubagaimanapun, kerana hasrat dan usahanya yang bersungguh-sungguh untuk menjadi juara rancangan itu, akhirnya bapa Jamal memberikan sokongan .

Semasa itu, saya banyak menyertai rancangan nyanyian dan banyak jugak yang saya dah menang, jadi akhirnya dia bagi sokongan lah, ayah pun tak sangka saya boleh sampai peringkat akhir dengan usaha saya ini, masa tu saya ada mintak duit untuk masuk pertandingan, dia tak tahu pun saya pergi wakil negeri Perak dan pergi sampai ke peringkat utara” Ujar Dato Jamal.

Jamal berkongsi, semasa beliau berjaya ke peringkat akhir, bapanya turut sama hadir di persempahan final itu, sekaligus telah menyandang gelaran juara dan memenangi hadiah berjumlah RM5 Ribu. Jumlah itu begitu banyak pada ketika itu, mungkin hari ini ibarat bernilai RM50 Ribu.

“Dan lepastu saya masuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan sehinggalah berjaya ke final. Masa final tu, ayah datang menonton persembahan saya”

“Ayahlah yang menjerit dulu selepas keputusan final diumumkan. Suara ayah menjerit dalam auditorium RTM tu memang kedengaran, suara dia yang saya dengar, maknanya masa tu dia dah boleh terimalah”

“Sampai aje di kampung, saya lambakkan duit kemenangan tu depan mak”

Apabila Dj Nazz bertanya, apakah yang telah dibelanjakan oleh Jamal hasil wang kemenangan tersebut, begini jawapan Dato Jamal.

“Rasanya kalau sekarang ni, mungkin nilai tu dalam RM50 Ribu lah. Saya balik bawa trofi ke kampung saya di Teluk Intan, duit tu semua saya lambak depan arwah mak saya. Saya lambak banyak-banyak depan dia.

“Dia macam tak percayalah bagi duit tu semua kepada dia”

Jamal menambah lagi, pada masa itu, dia sebenarnya tidak kisah sangat pasal wang kemenangan itu, paling penting, dia sudahpun mencapai apa yang telah diimpikan.

Kisah Dato Jamal Abdillah ini telah ditayangkan di laman youtube Gegar dan mendapat tontonan lebih 406 ribu. Pendedahan yang dikongsikan oleh Dato Jamal Abdillah cukup eksklusif dan penonton dapat mengenali sisi lain penyanyi hebat yang bernama Jamal Abdillah ini.

Beliau cukup popular dengan lagunya yang berjudul Kekasih Awal dan Akhir, Gadis Melayu, Ghazal Untuk Rabiah duit bersama Dato M.Nasir dan banyak lagi lagu hits. Dengan usia yang sudah mencecah 65 tahun, kehebatan vokal yang masih kekal sampai sekarang cukup dikagumi ramai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top