“Saya Fikir Dia Penulis Buku Dongeng atau Mastika” Ryzal Ibrahim Dedah Kos Kahwin Maryam di Korea

Hari ini dengan situasi kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramaii masyarakat terutama B40 yang tertekan dengan kenaikan segala harga barang yang dilihat tiada jalan penyelesaian. Kesan kenaikan ini bukan sahaja dirasai oleh golongan berpendapatan rendah, malah turut terasa kesannya bagi golongan M40 dan T20.

Itulah hakikat yang perlu dilalui sekarang, dengan kesukaran ini, bagi anak muda yang ingin mendirikan rumah tangga juga , jalan mereka juga dilihat semakin gelap, banyak kos yang perlu ditanggung bagi merealisasikan sebuah majlis perkahwinan.

Disebabkan itu, ramai yang berkongsi realiti kos mengadakan majlis perkahwinan hari ini yang mencecah puluhan ribu untuk sebelah pihak sahaja, belum masuk di sebelah pihak lagi. Baru-baru ini tular di twitter mengenai seorang individu yang telah mendedahkan kos perkahwinan yang perlu ditanggung menyebabkan ada yang sanggup membuat pinjaman peribadi demi untuk memastikan majlis dapat diadakan secara besar-besaran dan meriah.

Tetapi sebenarnya sekiranya kita cuba untuk memudahkan dan melakukan apa yang wajib, merealisasikan sebuah majlis perkahwinan tidaklah sesukar itu. Semuanya bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak iaitu keluarga sebelah lelaki dan isteri.

Kerana berasa tidak tepat dengan kos perkahwinan yang tidak masuk akal dikongsikan di twitter tersebut, pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim telah berkongsi kos sebenar perkahwinannya dengan isterinya Ya Na Rae atau Mariam (nama islamnya) di Korea. Berikut adalah ciapan yang dimuat naik beliau:

Saya ternampak satu posting pengguna Twitter mengenai kos perkahwinan yang agak tak masuk akal. Saya berfikir dia ni penulis buku dongeng atau majalah Mastika.

Janganlah merumitkan keadaan mengenai hal yang mudah abag, kakak, adik dan kawan-kawan. Saya akan kongsikan kos perkahwinan saya dan Maryam sebagai inspirasi atau boleh jadikan contoh untuk anda semua.

Ryzal masa kahwin dengan Maryam bagi senaskhah al-Quran, sepersalinan solat, cincin emas sebagai mas kahwin. Hantaran takde sebab benda tak wajib kan dalam islam. Kesemua kos tak sampai pun RM5000.

Nikah dalam pejabat imam, saksi 2 orang sahaja. Makan tak buat, selepas nikah berjalan ke restoran makan nasi arab di Itaewon.

Majlis resepsi pula saya buat tema garden. Saya ambil rooftop cafe selama 3 jam. Kerusi meja pon semua dah ada, saya cuma bayar sewa tempat sahaja. Katering, hiasan bunga, baju kahwin, makeup semua tak sampai RM20,000 atau 6 juta duit Korea ( kos 3 bulan gaji sahaja).

Ini perincian kos pernikahan

1. Baju pengantin Maryam saya tempat online di Malaysia, diorang hantar ke Korea, lupa dah harga tapi anggaran dalam RM600 atau kurang. Heels Maryam RM150 atau lebih sedikit

2. Baju pengantin Ryzal beli online jugak tak silap harga lebih kurang RM500 kasut saya beli di kedai biasa RM150.

3. Saya beli cincin emas satu RM900. Maryam pun beli jugak cincin emas sepasang RM1500.

4. Senaskah Al-Quran elektronik RM300.

5. Sepersalinan solat RM200 lebih kurang

6. Sedekah dekat pak imam RM900 (Terpulang untuk anda berapa yang mampu)

Jadi semua kos untuk pernikahan ini keseluruhan RM5,200.

Ini kos dalam ringgit ya, kalau dalam mata wang Korea pulak, semuanya dalam 2 juta Korean Won atau 1500 USD sahaja ( dalam sebulan gaji disana)

Ini pula kos majlis resepi ( Dalam 50 Pax sahaja)

1. Sewa rooftop Cfe Garden 3 Jam RM2000

2. Baju Maryam Ryzal memng tempah sebiji ikut konsep Baju Bella Swan dalam Twilight di US. Harga mahal lah sikit dalam RM1000 termasuk penghantaran.

3. Baju Ryzal pulak pakai yang sama sahaja hari nikah cuma tukar tie putih sahaja. Harga dalam RM50

4. Katering RM5,200 gubahan bunga RM3000

5. Kos make up Maryam dan Ryzal RM600

6. Upah videographer RM5,000 (Termasuk tiket pergi balik Malaysia-Korea dan jugak penginapan)

7. Sewa microphone RM150

8. Kos-kos tambah lain untuk makan minum, minyak kereta, tambah train untuk ke lokasi photoshoot di luar RM1000 lebih kurang.

Keseluruhan jumlahnya RM17,950

Ini dalam nilai matawang korea hanya KRW 5 Juta won (2 hingga 3 bulan gaji sahaja).

Nikah RM5000 + Majlis RM13,000 + Videographer RM5000

Jumlah keseluruhan RM23,000 atau KRW 6.6 Juta won

KRW 6.6 Juta won ni macam RM6,600 je sebab ia bersamaan dengan 3 bulan gaji di Korea. Basic gaji KRW 1.5 hingga 1.7 juta won dan kalau kerja lama dapat lah KRW 2 Juta atau KRW 3 Juta won sebulan.

Cumanya apa yang kongsikan diatas ni bergantung kepada pasangan jugak. Maryam ni jenis tak kisah dan tak suka berhabis duit.

Sebenarnya kos diatas ni dikira standard atau kebanyakan korean wedding actual cost. Dengan harga RM20,000 atau KRW 5 Juta won, kos ini adalah untuk majlis perkahwinan dalam dewan besar untuk 500 orang.

Tapi disebabkan budaya di Malaysia perlu buat majlis kedua belah pihak, hantaran yang diminta dan kos lain-lain, jadi itulah sebab semua kos menjadi di luar kemampuan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top