no comments

“Saya Dah Jumpa Ramai Orang Macam Ni” Bekas Peguam Dedah Taktik Sebenar Puteri Sarah Nak Bercerai

Cukuplah 9 tahun saya menjadi isteri kepada Syamsul Yusof, selepas memfailkan penceraian, Puteri Sarah nekad nak tinggalkan Malaysia, tidak disangka ini pesanan Puteri Sarah kepada Syamsul dan Isteri barunya.

Selepas panas seluruh Malaysia isu Puteri Sarah dan Syamsul, hari ini Puteri mengotakan janjinya kepada rakyat Malaysia untuk memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Keputusan nekad yang dilakukan oleh isteri kepada pengarah dan penerbit tersohor Syamsul Yusof itu susulan kemelut berpanjangan yang berlaku setelah 4 tahun dalam rumahtangga mereka.

Puteri Sarah hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh dua adiknya, Puteri Sofia dan Megat Imran Ikram termasuk peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader. Puteri Sarah berkongsi kelegaannya kerana akhirnya dia berjaya memfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah hari ini.

Kongsi Puteri Sarah lagi, dia akan meninggalkan Malaysia untuk tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah setelah dirancang pada minggu hadapan. Puteri berkata selepas dia pulang dari tanah suci itu, dia mengharap agar kehidupannya selepas itu dalam membuka lembaran baharu bersama anak-anak.

“Saya sebenarnya tidak kisah kalau kes ni jadi berlarutan. Tapi apa yang paling penting, saya berasa lega kerana sudah membuat tuntutan cerai. Paling penting kita sudah mulakan langkah pertama ini.

“Saya nak mengerjakan umrah pada 26 Januari ini, jadi saya tak mahu ada masalah yang masih belum selesai. Hari ini segala-galanya sudah terjawab. Saya nak pulang dari umrah dan terus memulakan kehidupan baharu bersama anak-anak” Ujar Puteri Sarah kepada BH Online.

Dalam isu yang sama, Puteri Sarah menyangkal tuduhan bahawa dirinya adalah anti poligami hanya kerana dirinya tidak sanggup bermadu.

‘Ramai jugak yang tuduh saya ni anti poligami, mereka cakap saya ni tak nak ikut suruhan Allah, tapi perkara itu tidak benar sama sekali.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata bernama Syaikhul Islam 5 dan Summayah 3 tahun.

Setelah berita ini menjadi tumpuan hangat seluruh Malaysia, maka ramai netizen tidak terlepas untuk menjadikan isu ini sebagai isu hangat yang menjadi bualan mengikut versi masing-masing.

Tidak kurang juga, dari mereka yang profesional undang-undang yang turut memberikan pandangan perundangan apakah ‘taktik sebenar’ Puteri Sarah memfailkan tuntutan penceraian tersebut.

Ini adalah video dari bekas peguam tersebut:

Ternyata perkongsian dari bekas peguam ini dapat menjelaskan kepada kita bahawa proses perceraian tidak semudah dengan lafaz di mulut sahaja, pihak Mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat penilaian terhadap masalah rumah tangga mereka.

Puteri Sarah telah membuat tindakan yang betul dengan memfailkan perceraian, ini menunjukkan undang-undang tidak hanya memberikan kuasa lafaz talak kepada si suami sahaja, malah isteri juga boleh membuat permohonan dan suami perlu menjawab di hadapan mahkamah. Dan sekiranya rumahtangga mereka benar-benar ada masalah, pihak mahkamah sendiri yang akan minta suami yang melafazkan talak tersebut.

Semoga isu ini dapat reda selepas ini dan kita sebagai masyarakat harus menjadikan isu ini sebagai pengajaran buat kita semua. Sesiapa yang berumahtangga pasti akan diuji dengan pelbagai masalah, namun menjadi tanggungjawab kita dari pihak suami dan isteri untuk sama-sama menjaga keharmonian rumah tangga.

Reply