no comments

Kelakar! Isteri Sangka Lipstick Perempuan Lain Dalam Kereta Suami, Tapi Rupanya Spanar Soket Untuk Putar Skru..

Menyimpan atau menyediakan beberapa peralatan-peralatan bengkel di dalam kereta, sama ada alat untuk menukar tayar seperti jack mahupun spanar untuk menggantikan apa-apa bahagian di dalam enjin amatlah diperlukan. Alat-alat sebegitu perlu disimpan untuk kegunaan semasa kecemasan.

Bagi mereka yang jarang menggunakan kenderaan atau tidak begitu mengambil berat tentang keperluan di waktu kecemasan kerana lebih selesa menghantar kereta ke bengkel, mungkin tidak begitu kenal dengan alat-alat biasa yang digunakan untuk mengendalikan kereta. Kebanyakkannya kaum wanita lah.

Begitulah yang terjadi dengan seorang wanita dari Indonesia ini yang berkongsikan kesilapannya dalam sebuah video. Melalui video tiktok yang dikongsikan semula, wanita itu meluahkan bahawa dia menjadi resah dan sedih selepas masuk ke dalam kereta suaminya.

Semuanya kerana dia menemui ‘gincu’ (lipstick) yang bukan miliknya di bekas letak barang di tepi pintu. Dia kemudian bertanya kepada suaminya jika ada rakannya yang tertinggal gincu yang mana suaminya menjawab tidak.

 

Apabila suaminya minta ditunjukkan gincu yang ditemuinya itu wanita itu pun menunjukkan pada suaminya, dan membuat suaminya ketawa.

Selepas dijelaskan barulah wanita itu tahu bahawa yang ditemuinya itu bukan gincu tapi spanar soket untuk putarkan skru.

Perempuan selalu dilema dengan minda sendiri. Pendek kata ‘overthinking’.

Reply