Sampai Menangis Nak Ikut Ayah Kerja, Rupanya Itu Petanda Dia Nak ‘Pergi’ Bersama..
Sebuah treler terb4bas dan melangg4r tiang dan terbalik sehingga meng0rb4nkan tiga ny4wa di Kilometer 10 Jalan Malim Nawar-Kota Bharu malam tadi. Lebih memilukan apabila semua m4ngsa merupakan anak beranak iaitu seorang lelaki dɛw4sa (ayah) berusia 30 tahun dan dua orang anaknya berusia enam dan lapan tahun.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Hafize Nizam Ali Supian, bersama dua anak lelakinya, Muhammad Afeef Rafiqie, dan Arrian Nuh, m4ut ditempat kejadian.
“Dalam sekelip mata sahaja dah tiada..mereka sekeluarga ada sempat makan tengahari bersama-sama,” kata Normah Khalid, ibu mentua kepada pemandu treler terbabit.
Normah berkata, sebelum kejadian arwah dan isterinya, Shamshira Mohd Norizin, 31, dari kediaman mereka di Langkap membawa kenderaan berasingan untuk makan tengahari di sebuah restoran di sekitar Kampar kerana Hafize Nizam kemudiannya akan meneruskan perjalanan mengambil muatan simen di Gopeng.
“Pada mulanya arwah memang tak ada niat hendak bawa dua anaknya itu, tetapi entah mengapa selepas selesai makan mereka menangis-nangis beriya nak ikut sama.
“Kalau nak diikutkan sebelum ini mereka tak pernah ikut ayah mereka pergi kerja, tapi budak-budakkan.. mungkin mereka teruja nak naik treler,” katanya ketika ditemui di Unit Forɛnsik Hospital Kampar hari ini.
Menurutnya, mereka menerima panggilan daripada rakan sekerja m4ngsa memaklumkan kejadian pada 10.30 malam dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri kem4langan itu.
Normah berkata, mereka menunggu hampir tiga jam di lokasi bagi melihat sendiri semua m4ngsa dikeluarkan sebelum dibawa ke hospital.
“Makcik tak sanggup nak tengok lama-lama..anak makcik (isteri arwah) pun sudah tidak keruan, menangis dan mer4ung melihat keadaan treler yang remuk,” katanya.
Katanya, anak bongsu arwah, Adeeb Hud, 2 tahun, yang tidak memahami apa yang terjadi ada bertanya di mana ayah dan dua abangnya.
“Ada dia tanya mana ayah, tetapi kami hanya mampu mengatakan mereka semua sedang tidur,” katanya.
Menurutnya, arwah tidak menunjukkan perubahan ketara dan kali terakhir dia bertemu dua cucunya itu pada Sabtu lepas di kediamannya di Chenderong Balai, Teluk Intan.
“Arwah seorang menantu yang baik dan suka membantu ahli keluarga yang lain dan saya memang rapat dengan cucu sebab setiap pagi petang siang malam mereka selalu datang bermain di rumah.
“Apa-apapun kami reda dengan pemergian mereka dan anggap ini satu ujian terhadap kami,” katanya.
Isteri arwah yang enggan ditemubual kerana terlalu sedih dan dalam keadaan tidak bermaya dipapah oleh ahli keluarga keluar daripada unit forɛnsik.
Difahamkan, jɛnazah ketiga-tiga beranak itu dikɛbumikan hari ini di Chenderong Balai, Teluk Intan.