no comments

Respek! Bersemuka Dengan David Beckham, Tindakan Gadis Bertudung Ni Buat Ramai Lelaki Kagum!

Respek! Bersemuka Dengan David Beckham, Tindakan Gadis Bertudung Ni Buat Ramai Lelaki Kagum!

Walaupun berjumpa dengan lagenda bola sepak dunia, David Beckham tu bukan peluang yang semua orang dapat dan mungkin sekali seumur hidup, tetapi gadis melayu bertudung ini tetap dengan pendiriannya.

Bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu sentiasa menjadi buruan paparazi dan kehadirannya di khalayak pastinya didengari jeritan ‘histeria’ peminat fanatik terutama dalam kalangan gadis.

Beckham datang ke Malaysia sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival, susulan pelantikannya sebagai Duta Global AIA pada Mac lalu.

Dalam satu majlis di pusat membeli-belah Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada hari ini, Beckham dilihat bersalaman dengan beberapa individu di atas pentas.

Namun seorang gadis tempatan mencuri tumpuan netizen apabila dia dilihat tidak berjabat tangan yang dihulurkan Beckham.

Bertudung hijau dan berbaju hitam lengan panjang, gadis itu menolaknya secara baik demi menjaga batasnya sebagai wanita Muslimah.

Berdasarkan reaksi wajah Beckham, bintang pujaan ramai berkenaan juga bersikap profesional apabila masih tersenyum sambil mengangguk tanda faham.

 

Tindakan gadis muda itu mendapat pujian netizen yang menyifatkan ia wajar dicontohi.

Seorang netizen berkata: “Walaupun dapat salam percuma dengan Beckham, dia tetap ingat batasannya sebagai perempuan.”

“Tak ada benda yang nak dimalukan pun sebenarnya kalau orang tak sambut salam kita atas sebab bukan mahram,” kata seorang lagi netizen.

“Berkat ajaran orang tuanya, hebat ibu bapanya mendidik adik tersebut,” kata netizen, malah dikatakan sebagai sesuai dijadikan calon isteri kerana menjaga tatatertib.

Syabas buat gadis berkenaan, walaupun tegas dengan pendiriannya, dia tetap bertuah kerana berpeluang bertemu dan bergambar dengan Beckham.

Anda telah menjadi contoh yang baik kepada ramai wanita islam di luar sana.

MStar Online

Reply