no comments

Sajat Dah Jumpa JAKIM… Dan Apa Yang Terjadi Selepas Itu Amat Menghairankan Ramai…

Setelah hampir sekian lama, pertemuan antara Nur Sajat Kamaruzzaman dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akhirnya berlaku jua pada petang tadi.

Sajat ketika dihubungi berkata, pertemuan dengan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof, itu berlangsung di wisma miliknya di Shah Alam, jam 3 petang tadi.

Katanya, proses yang berlangsung hampir sejam itu berjalan dengan baik selepas pihak Jakim mendapat pencerahan dan segala persoalan yang ditimbulkan.

“Alhamdulillah saya baru selesai terima ziarah daripada Jakim. Apa yang boleh saya katakan, perjumpaan tadi berlangsung dengan lancar dan aman.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat mengenai saya sehingga viral,” katanya kepada pemberita.

Kata Sajat, dia bersetuju untuk bertemu Jakim selepas mereka menghubungi untuk bertemu.

“Sebagai seorang yang rasional, mengapa perlu saya tolak,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Sajat turut membawa ibu bapanya dan peguam peribadi.

Sajat turut meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pengguna laman sosial yang suka mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang sopan setiap kali memberi komen di laman peribadi miliknya.

“Saya tidak kisah jika mereka menegur saya dengan cara yang baik tetapi ada sesetengah mereka terang-terangan menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya.

“Jakim sendiri menghubungi saya dan bercakap dengan cara baik tetapi mengapa mereka yang kononnya ustaz dan ustazah di media sosial hingga mencaci maki,” katanya.

 

“Insya-Allah semoga semuanya berjalan lancar dalam masa terdekat,” kongsinya menerusi laman sosial Facebook.

Semalam Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof menerusi ‘mesej terbuka’ di Facebook menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan Sajat.

Menerusi ‘mesej terbuka’ itu, Izwan yang juga pakar dalam menangani isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim berhajat untuk bertemu Sajat, memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini berkaitan dirinya turut menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menerusi twitter miliknya turut menyatakan persetujuan berhubung hasrat Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama ahli perniagaan dan selebriti terkenal itu.

Sebelum ini ramai pihak inginkan kepastian diatas kekeliruan jantina sebenar usahawan kosmetik itu, dan mendesak Jabatan Agama agar bertindak memainkan peranan.

HMetro

Reply