no comments

Nauzubillah… ‘Komen Jahiliah’ Safiey Ilias Selepas Kembali Jadi Pondan Ini Mencabar Tuhan!

Dilihat kembali menjadi pondan, pengasas kosmetik Safiey Illias dikecam hebat netizen. Nyata penghijrahannya sebelum ini adalah palsu dan hanya sebagai alat ‘strategi marketing’ untuk melariskan produk serta mempopularkan dirinya.

Safiey menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa tidak puas hati dengan komen-komen negatif yang dilemparkan para netizen.

Ikutkan Nafsu, Salahkan Iman

Jutawan muda berusia 23 tahun itu berkata; dia bukan mahu mempersenda agama atau menjadi penunggang agama, tetapi sudah menjadi adat iman seseorang itu ada kalanya turun dan naik.

Adatlah iman naik dan turun

Menurutnya, lebih baik orang ramai bercakap dan doa yang baik-baik sahaja buatnya daripada berkata buruk.

Safiey akui ketika dia menjadi ‘maknyah’ dahulu, tiada siapa yang mahu mendekatinya tetapi selepas dia berubah dan berhijrah terdapat ramai yang mahu berkawan dengannya dan tidak kurang yang mahu menumpang nama dan popularitinya.

Kata Safiey lagi, jangan terus melabel seseorang itu dengan pelbagai andaian kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui.

Safiey turut bersedih apabila rakan yang pernah diberi ilmu perniagaan dan dibantu dengan bermacam-macam turut berkata buruk tentangnya.

Bagaimanapun diakhir tulisannya, Safiey mengingatkan semua agar menunggu tarikh 31 Disember ini kerana seperti ada sesuatu yang bakal diumumkan.

Sejak dua minggu lalu, Safiey telah tampil dengan imej wanita yang seksi dan ‘daring’. Malah dia juga dilihat sering bersama seorang jejaka yang dikatakan ‘kekasih’ barunya.

Tidak kurang juga, menerusi foto yang dimuat naik di IG, dia seperti pergi ke tempat pembedahan plastik payudara.

Rata-rata pengikut instagramnya menasihatkannya serta mendoakannya supaya kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, kakak kepada jutawan kosmetik ALiff Syukri, Noor Hayati Kamarzaman dalam masa yang sama turut meluahkan perasaannya mengenai situasi jelas sedang menjadi perhatian ketika ini.

“Berat nak menaip. Nanti ada yang cakap acah-acah baik tapi kita sebagai netizen kena stop share dan glamourkan mereka yang terang-terang memainkan agama dan tukar jantina ini”

“Kita lagi menggalakkan untuk mereka bersaing siapa punya isu yang lebih viral. Itu yang mereka nak. Sekaligus ramai anak-anak mudah dan remaja yang tengah mencari identiti akan terikut. Mudahan dijauhkan dari keturunan kita begitu,” tulisnya di Instagram.

Dalam posting yang sama, Hayati turut memohon maaf sekiranya apa yang diluahkannya itu menyinggung perasaan mana-mana pihak selain menambah tidak mustahil bahawa mereka yang golongan yang dimaksudkannya itu akan berubah menjadi lebih baik di masa hadapan.

Isu transgender sememangnya sesuatu yang seringkali menjadi berita hangat untuk diketengahkan di kalangan warga laman sosial. Kejayaan golongan ini juga dalam masa yang sama turut mendorong anak muda lain menjadikan mereka idola. Jadi, apa pula pandangan anda.

Antara lagi yang tampil memberi reaksi adalah seorang pensyarah,pakar motivasi dan penulis di Universiti Sains Malaysia,Dr Syah Musafir yang menyeru orang ramai agar memboikot produk ‘manusia jadian’ itu yang terang-terangan melanggar hukum Allah.

BACA ULASAN DR SYAH MUSAFIR DI BAWAH;

Saya tak pernah komen tentang identiti #Nursajat sebab saya tak pernah tengok bukti pasal dia adalah lelaki yang bertukar jadi perempuan secara real. Saya tak ulas benda saya tak tahu. Jadi saya tak kata Ya, saya tak kata Tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada Tuhan.

Tetapi tentang #SafieyIllias, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah jadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah. Sekarang dia nak berubah jadi perempuan semula, mengaku dia adalah lelaki yang nak jadi perempuan dan sudah tidak malu mengatakan dirinya perempuan asal dari lelaki. Saya tak nak kata apa kecuali saya nak kata dia adalah perempuan jadian lelaki, macam serigala jadian manusia. Confirm dia adalah lelaki yang transgendered menjadi perempuan.

Concern utama saya di sini bukan pasal lelaki jadi perempuan, sebab sudah ramai mengulas. Tetapi perihal manusia bernama lelaki, dengan rupa yang elok, dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara publik mempersembahkan kepada dunia dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.

Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pulak?

Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.

Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki.

Bukan lelaki kahwin lelaki.

Bukan perempuan kahwin perempuan.

Bukan lelaki kahwin perempuan jadian.

Bukan perempuan kahwin lelaki jadian.

Kena cakap betul-betul, lelaki kahwin perempuan, perempuan kahwin lelaki.

Benda asas sebegini sudah jadi ILMU PERINGKAT TINGGI, kalau tak diajar, takut anak-anak generasi sekarang tidak reti.

Saya ulang sekali lagi, lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki. Bukan selain ini. FULL STOP.

Lelaki pondan kalau nak kahwin pun kena kahwin perempuan, sebab lelaki pondan tetap lelaki. Lelaki bukan pondan janganlah pergi kahwin dengan lelaki pondan, ini bodoh namanya.

Perempuan yang benar-benar perempuan ramai, kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya…

Alang-alang ni saya nak juga menyeru kita #boikot produk-produk keluaran orang sebegini – janganlah support. Makin support makin naik minyak geng-geng ni… Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk diorang. Makin kaya mereka makin terpesong, jom kita boikot mereka supaya bila miskin mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT.

#SayNoToLGBTQ
#BoikotOrangJadian
#JomBoikot

Dr Syahr Musafir
Rahimah Ab.Rahman
26/12/2017

Astro Awani, IG Noor Hayati Kamarzaman, FB Dr. Syah Musafir

Reply