no comments

Rumah Dato’ Seri Vida Terbakar! 2 Orang Anaknya Dan Seorang Pekerja Terkorban

Mengimbas kembali tragedi duka jutawan kosmetik terkenal tanahair, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dato’ Seri Vida.

Pada tanggal 4 Ogos 2013, rumah banglo dua tingkat terletak di Taman Meru, Ipoh, milik jutawan ini terlibat dalam kebakaran.

Lebih menyayat hati dua orang anaknya dan seorang pekerja maut terkorban dalam tragedi kebakaran itu.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, dua orang anaknya dan seorang pekerja ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah terbabit.

 

Mangsa yang terkorban ialah Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11, adiknya, Edrie Zikrie, 10 dan Mohd. Nor Syamil, 26 (pekerja). Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian sempat menyelamatkan diri.

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.

Datuk Seri Vida Menceritakan kembali detik ketika menerima khabar duka ini.

“Saya berada di Pulau Pinang untuk lawatan cawangan. Dan panggilan telefon yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila itu masih terngiang-ngiang di telinga.”

“Dato’, Dato’… rumah Dato’ terbakar!” “Rumah yang mana?” Tanya saya.

“Rumah di Meru Hill, Dato’. Kereta Bentley Dato’ meletup.” Saya terkejut namun segera menjawab, tidak mengapa, apa boleh buat, jika kereta ditakdirkan terbakar, saya perlu reda.

“Tapi anak Dato’ ada di dalam rumah!” Maha Besar Allah!

“Dua jam kereta kami memecut, melesat dari Pulau Pinang turun ke Ipoh.

Kami tiba jam 11.30 malam. Allah! Hati saya luluh melihat rumah tempat kami berlindung, rumah tempat tersimpannya sebegitu banyak kenangan kami sekeluarga, rentung dan hangus. Berpuing-puing,”katanya.

Menurut laporan, kebakaran itu dikatakan berpunca dari letupan kereta Bentley.

Seorang pekerja yang terselamat dengan nekad terjun dari balkoni mendakwa melihat api marak di pekarangan luar sebelum rumah itu terbakar sehingga meragut tiga nyawa.

Dia mendakwa, ada mendengar bunyi satu letupan yang dipercayai dari sebuah kereta mewah jenis Bentley yang diletakkan di pekarangan rumah ketika turun untuk memeriksa.

Bagaimanapun dia naik semula ke tingkat atas untuk memberitahu kepada tiga mangsa yang terkorban itu.

“Namun, apabila saya naik, tiba-tiba sahaja suis utama meletup dan ‘black out’ manakala api marak. Dalam keadaan gelap, saya memimpin tangan mereka (Eddie Zuhdi dan Edrie Zikri) diikuti Mohd. Nor Syamil turun, namun asap terlalu tebal, maka kami terpaksa naik semula,” katanya.

 

Khairul Anuar memberitahu, dalam keadaan panik, beliau mengambil keputusan untuk terjun melalui balkoni di belakang rumah, namun, Mohd. Nor Syamil yang berada di belakangnya, tiba-tiba berundur ke belakang lalu berlari masuk ke dalam tandas diikuti Eddie Zuhdi dan Edrie Zikri.

“Mereka (anak-anak Dr. Vida) meronta-ronta untuk dilepaskan daripada pegangan tangan saya. Saya tiada pilihan lain selain melompat daripada balkoni, namun begitu, saya bernasib baik kerana terjatuh di atas sebuah kanopi di belakang rumah.

Dua jenazah anak Dato’ Vida yang terkorban dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh.

Semalam, tindakan dermawan Dato’ Seri Vida mendapat pujian ramai apabila beliau menyatakan hasratnya untuk menaja 18 pelajar yang terselamat dalam tragedi tragis kebakaran tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menunaikan umrah.

Beliau turut ingin mengambil pelajar tahfiz itu sebagai anak angkatnya dan membawa mereka semua ke rumahnya di Ipoh, Perak, selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terlibat dalam tragedi kebakaran tragis itu.

Katanya,“Hanya mereka yang pernah terbabit dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu.

Selain pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti.

Reply