Rider Ini Terkejut Bila Lihat Sampul Tips Yang Diberi Kepadanya. Jumlahnya Tak Masuk Akal
Sekiranya anda biasa membuat tempahan makanan melalui aplikasi, pasti anda akan perasan ada satu pilihan butang untuk anda berikan tips kepada si penghantar makanan, tidak kiralah samada secara digital atau wang tunai.
Walaupun tips ini tidak semestinya diberi kepada penghantar makanan, kemudahan ini memberikan peluang kepada penghantar ini untuk menerima wang lebih dari penghantaran yang dilakukan.
Jika pelanggan tidak memberikan tips, upah untuk setiap penghantaran tetap diperoleh untuk setiap ‘job’ yang diselesaikan. Kemudahan ini memberikan peluang kepada pelanggan sekiranya ingin memberikan hadiah kepada penghantar sekiranya ada rezeki lebih untuk dikongsikan.
Baru-baru ini telah tular satu perkongsian oleh seorang pemuda penghantar makanan yang terkejut dengan jumlah tips yang diberikan oleh pelanggannya.
Perkongisan tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengatakan rezeki pemuda tersebut sungguh luar biasa.
Muhamad Faris 28 telah memuat naik satu hantaran di facebook mengenai ceritanya menerima sampul berisi wang tunai berjumlah RM1000 dari seorang pelanggan wanita.
Berikut adalah perkongsian Faris
“Sebagai seorang penghantar makanan, memang akan ada pelanggan yang bermurah hati untuk memberikan tips dan paling banyak saya dapat pun RM50 tapi benda tu saya tak berharap sangat sebab sudah jadi tugas saya menghantar pesanan kepada mereka”.
“Pada suatu hari, semasa saya dalam perjalananm pelanggan itu ada menghantar mesej melalui aplikasi yang memaklumkan supaya saya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul wang yang ada disitu, ujarnya.
Selepas Faris beredar dari situ, Muhamad Faris berehat sebentar di satu kawasan dan cuba membuka sampul tersebut. Alangkah terkejutnya bila melihat sejumlah wang RM1000 di dalamnya.
Untuk mendapatkan kepastian, Faris telah menghubungi semula pelanggan wanita berkenaan kerana bimbang mungkin ada kesilapan dan tersalah ambil sampul yang sepatutnya.
“Rupa-rupanya, pelanggan itu memang berhajat memberikan saya wang sebanyak itu”.
“Dia ikhlas untuk berikan kepada saya cuma minta supaya doakan dia dikurniakan zuria dan berkongsi rezeki itu dengan rakan yang lain”
“Jika diikutkan, saya tak mahu kongsi kisah benar itu di facebook, tapi saya lakukannya dengan harapan lebih ramai yang akan mendoakan wanita itu selepas membaca hantaran dari saya , tambah faris lagi.
‘Saya belum lagi usik duit itu tapi saya ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu moga berpanjangan.
“Manalah tahu, dengan sedekah itu, Allah akan makbulkan impian wanita itu untuk memiliki zuriat seperti yang diidamkan, kata Faris.
Marilah kita sama-sama doakan akak pemurah ini supaya dikurniakan zuriat dan semoga Faris si penghantar makanan ini juga dimurahkan rezeki kerana kejujurannya.
Kisah mengenai pemuda dan wanita ini cukup untuk membuktikan wujud manusia yang mulia didunia ini, wanita tersebut mungkin sedang diuji menantikan zuriat yang masih tidak kunjung tiba. Dia telah melakukan sesuatu yang mulia dengan mengharapkan ihsan dari Allah S.W.T supaya suatu hari nanti impian untuk memiliki zuriat akan dimakbulkan.
Bagi pemuda ini pula, ianya bukan sekadar rezeki buat dirinya tetapi membuktikan dia tidak semudah-mudahnya menerima hadiah wang berkenaan selagi tidak dipastikan samada ianya benar diberikan wanita berkenaan atau tidak. Kejujuran inilah yang harus dimiliki oleh sesiapa sahaja dan walau apa sahaja pekerjaan yang anda lakukan, kerana sikap jujur inilah yang akan membawa kebaikan dan dipercayai oleh orang lain sekiranya anda diamanahkan untuk melakukan sesuatu.