no comments

Rider FoodPanda Berhenti Solat Tepi Jalan Buat Ramai Tersentuh. Walaupun Sibuk, Tak Lupa Tanggungjawab Pada Tuhan

Manusia dilahirkan di dunia adalah sebagai khalifah dan untuk beribadat kepada Tuhan. Solat merupakan tiang agama. Tiada solat, maka runtuhlah agama. Orang yang beragama Islam wajib mendirikan solat kerana ia merupakan rukun Islam kedua yang dituntut oleh Allah swt.

Walaupun sibuk bekerja, tetaplah menjaga solat. Walau apa pun halangan, tetaplah luangkan sedikit saja masa untuk solat.

Pada ketika musim c0vḭd melanda, maka banyak masjid yang terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak ini jadi bagi penghantar makanan mungkin ini menjadi satu masalah buat mereka. Walaupun begitu ini tidak bermakna kita boleh meninggalkan solat sewenang-wenangnya.

Solatlah walaupun di mana anda berada. Ketika sibuk atau tidak. Ketika senang mahupun susah. Berkenaan dengan isu solat ini, baru-baru ini vḭral di mɛdia sosḭal berkenaan seorang penghantar makanan Foodpanda solat di tepi jalan.

Penghantar makanan Muslim berhenti sebentar di bahu jalan di Jalan Zobel, bandar Manila untuk mendirikan solat fardhu beralaskan sejadah yang dibawanya bersama.

Difahamkan kejadian tersebut dirakam di sebuah lokasi di Manila, Filipina. Foto-foto seorang penghantar makanan solat di tepi jalan itu dik0ngsikan di laman Facɛbook Philippine Star dan tular dengan lebih 90,000 perkongsian.

Walaupun sibuk mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup, lelaki terbabit tetap menunaikan perintah wajib walaupun di tepi jalan. Pengkongsḭan foto itu membuatkan hati warganɛt tersentuh dan menerima pelbagai komɛn yang murni dari masyarakat Filipina khususnya.

Alhamdulillah ..

Apabila mendahulukan perintah-Nya, Allah akan permudahkan segala urusan kita.

Reply