Rich Hammond Parah, Jatuh Motosikal Ketika Penggambaran
Rich Hammond Parah, Jatuh Motosikal Ketika Penggambaran
Personaliti TV Richard Hammond dilaporkan cedera parah akibat terlibat dalam kemalangan semasa penggambaran untuk siri ‘The Grand Tour‘.
Mail Online melaporkan, Hammonds, 47, dipercayai terjatuh dari motosikalnya sehingga mencederakan kepala ketika penggambaran itu di Mozambique.
Tidak dipastikan sama ada dia memakai topi keledar atau tidak semasa kejadian namun pengacara bersama iaitu Jeremy Clarkson berkata, keadaannya agak teruk.
Sumber memberitahu The Sun, jika keadaannya agak serius, mustahil untuk personaliti televisyen itu mendapatkan rawatan segera kerana kejadian itu berlaku di kawasan pedalaman selain kemudahan perubatannya juga terbatas.
Pada 2006 Hammond diterbangkan ke hospital selepas kenderaan berkuasa tinggi yang dinaikinya berpusing-pusing sehingga dia hilang kawalan ketika melakukan aksi berani di lapangan terbang Elvington berdekatan York.
Kejadian itu menyebakan dia mengalami kecederaan otak.
Selepas lima minggu di hospital, dia akhiRnya dibenarkan pulang untuk bersama isterinya, Mindy dan anak-anaknya.
-mstar Online