no comments

Rezeki ‘Kak Limah’ Dapat Rumah PPR, Kesal Dituduh Tak Pandai Urus Duit

Pelakon filem ‘Hantu Kak Limah’, Delimawati meluahkan rasa syukur selepas menerima tawaran kediaman mampu milik Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Dramatis berusia 62 tahun itu menganggap bantuan yang diterima ini sebagai satu rezeki yang dapat meringankan bebannya.

“Kita terima apa saja rezeki yang ada. Allah bagi rezeki macam ini kita terima je.”

“Pada saya tak perlu nak ada rasa malu terima tawaran begini. Sewa diluar beribu-ribu, kalau ada job tak apa juga. Tapi yang ini boleh minta daripada anak-anak untuk bayar dua ratus lebih,”katanya.

Pada masa yang sama, Delimawati turut mengatakan kekesalannya dengan pandangan masyarat tentang cara pengurusan wang golongan selebriti, dramatis Delimawati berkata, sebagai ibu tunggal dia mempunyai banyak komitmen yang perlu dilakukan.

Katanya, dia menggunakan pendapatan daripada hasil lakonan untuk menampung kos sara hidup dan perbelanjaan keluarga.

“Kadang-kadang mereka kata glamor dulu tak menyimpan, hello..bukan kami tidak menyimpan, tapi tanggungjawab kami pun banyak.”

“Macam kami (pelakon) ni ramai ibu tunggal, nak sara anak-anak, kos kehidupan. Siapa yang tak nak menyimpan, siapa yang tak nak berjimat tapi hakikatnya nak survive pun tak cukup,” katanya.

 

Bagaimanapun, ibu kepada lima anak itu enggan mengambil serius kata-kata negatif yang dilemparkan masyarakat kerana menurutnya dia tidak pernah meminta bantuan daripada orang ramai. Malah pelakon yang popular menerusi filem ‘Hantu Kak Limah’ itu memberitahu, dia mencari rezeki dengan titik peluh sendiri.

“Saya tidak kisah orang nak kata apa pun..katalah. Janji saya tak pernah meminta-minta.”

“Saya tikda mencuri, saya tak minta bantuan orang tapi saya hidup dengan cara saya sendiri,”katanya.

Delimawati bersama 25 selebriti kurang berkemampuan menerima surat tawaran kediaman PPR kepada penggiat seni di Dewan PPR Lembah Subang 2.

Reply