no comments

RESTORAN 24 JAM AKAN BERAKHIR…!!! DITUDUH MENJADI PUNCA GEJALA SOSIAL

RESTORAN 24 JAM AKAN BERAKHIR...!!! DITUDUH MENJADI PUNCA GEJALA SOSIAL.jpg

RESTORAN 24 JAM AKAN BERAKHIR…!!! DITUDUH MENJADI PUNCA GEJALA SOSIAL

Kemeriahan restoran dan gerai mamak 24 jam yang terkenal di seluruh Malaysia mungkin akan berakhir dan tiada lagi pada masa akan datang.

Cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan untuk mengetatkan kawalan ke atas kedai makan yang dibuka sehingga lewat malam, dengan tujuan membendung gejala sosial.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, cadangan untuk mengehadkan waktu operasi hingga tengah malam turut disertakan dengan aduan bahawa premis-premis seperti itu menjadi punca peningkatan gejala sosial di seluruh negara.

“Satu nota dan kertas cadangan akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Majlis Sosial Negara,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

“Ia bukan larangan menyeluruh ke atas semua restoran atau tempat makan tetapi hanya melibatkan kawasan tertentu seperti kawasan perumahan dan kawasan luar bandar.”

Shahidan memberi jaminan bahawa kedai-kedai francais seperti McDonalds dan Kentucky Fried Chicken tidak termasuk dalam larangan tersebut.

Beliau berkata, di negara-negara lain, kebanyakan kedai makan dan restoran ditutup sebelum tengah malam.

“Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia di mana seseorang boleh mencari kedai makan dan restoran yang dibuka 24 jam.

“Tetapi di sini ia berbeza kerana ramai memerlukan perkhidmatan seperti ini, seperti pelancong, pendatang asing dan sebagainya. Kelonggaran ini telah menyumbang kepada masalah sosial.

“Terdapat kebimbangan bahawa anak muda menghabiskan masa terlalu banyak di tempat-tempat seperti ini dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat,” kata Shahidan.

Selain menjadi kegemaran pendatang asing, beliau berkata, restoran itu juga bising dan menarik perhatian tikus.

“Ada zon tertentu yang membolehkan restoran dan kedai-kedai makan beroperasi untuk memastikan penduduk tidak terjejas,” katanya.

“Usaha ini (membendung gejala sosial) memerlukan kerjasama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak-pihak lain.”

Shahidan berkata, isu itu juga hangat diperkatakan di media sosial, justeru kerajaan perlu mengambil kira pandangan pemain industri makanan dan hiburan, memandangkan perkhidmatan mereka diperlukan oleh pelancong dalam dan luar negara. – mStar Online

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close