no comments

Report Polis Suami Lesap Lepas Berjudii di Genting, Rupanya Isteri Dah Masak Suami Jadi Kari

Pada tarikh 18/12/1984,, seorang wanita bernama Nagaratha Vally Ramiah melaporkan kehilangan suaminya, Ayakanno Marimuthu, kepada pihak polis. Suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tersebut difahamkan pergi bercuti ke Genting Highlands, Malaysia untuk berjudii, namun tidak kembali ke Singapura.

Namun, di balik kehilangan tersebut, terbongkarlah sebuah kejahatan yang tetap menjadi misteri hingga hari ini. Setelah laporan dibuat di Balai Polis Joo Chiat pada 18 Desember 1984, polis pada saat itu hanya mencatat Ayakanno dalam daftar “orang hilang” tanpa mencurigai apa pun. Tiga tahun berlalu, tingkah laku acuh tak acuh dari Puan Ramiah terhadap kehilangan suaminya menimbulkan kecurigaan. Detektif Algamali dari Jabatan Siasatan Jenayah kemudian membuka kembali kertas siasatan dan menyoal siasat 30 orang individu.

Berdasarkan pengakuan salah satu suspek, Ayakanno Marimuthu diduga telah diseksa dengan sebatang besi. Pada 23 Mac 1987, lapan orang suspek utama, termasuk Puan Ramiah, ibunya, dan tiga saudara lelakinya bersama isteri masing-masing, dihadapkan pada penyiasat. Awalnya, semua mereka membantah tuduhan tersebut, tetapi salah satu dari mereka akhirnya memberitahu rahsia kejahatan yang terjadi. Pada tanggal 12 Desember 1984, ketika Ayakanno seharusnya pergi ke Malaysia, sang isteri membawanya ke sebuah tempat ibadah di mana salah satu adiknya bekerja. Di sana, Ayakanno diikat dan diseksa dengan sebatang besi hingga “matii”.

Selanjutnya, tubuhnya diolah menjadi “Kari Manusia”. Salah satu adik Puan Ramiah, yang bekerja sebagai penjual daging, memotong-motong tubuhnya. Setelah dicampur dengan rempah-rempah kari dan banyak serbuk lada untuk menghilangkan bau tidak sedap, tubuh Ayakanno dimasak menggunakan periuk besar. Sisa-sisa tulang dan tengkorak Ayakanno dimasukkan ke dalam plastik hitam dan dibuang di beberapa tempat sampah di sekitar Singapura.

Meskipun semua suspek dibebaskan kerana tempoh waktu antara kejadian dan penyiasatan yang cukup lama, mereka masih boleh didakwa jika ada bukti baru yang ditemukan oleh polis di masa akan datang. Tidak ada tubuh Ayakanno atau bukti lain seperti sebatang besi atau periuk yang berhasil ditemui. Meskipun mereka telah dibebaskan, kes ini tetap menjadi salah satu kejahatan terburuk dalam sejarah Singapura.

Reply