no comments

Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa Universiti Malaya, Tak Sangka Ini Puncanya

”Ya saya datang sorang diri untuk mendaftar, bawa motosikal dari Putrajaya”

Siapa sangka pelajar yang diberi nama Lau Lai Kiat ini telah datang seorang diri untuk membuat pendaftaran pelajar baru di Universiti Malaya yang lalu.

Perkara itu telah tular dalam satu perkongsian rasmi dari Universiti Malaya perihal kecekalan pemuda berkenaan yang hadir seorang diri tanpa ditemani keluarga. Jati diri dan kesungguhan yang ditunjukkan pelajar ini telah meraih perhatian serta pujian dari warganet kerana beliau mampu berdikari, menguruskan diri sendiri proses pendaftaran di Universiti terkemuka negara ini.

Lau berkata “Selepas SPM, saya telah menyambung pengajian di peringkat Diploma di sebuah kolej swasta di ibu kota, Kuala Lumpur”.

“Motosikal yang saya bawa ini memang saya tinggalkan di kawasan parkir Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS) , saya akan gunakan setiap kali saya turun KL.

”Untuk pendaftaran kali ini, saya bermalam dahulu di rumah rakan saya di area Putrajaya, setelah ambil motor saya di tbs” Ujar Lau Lai Liat sambil mengelap peluh di kepalanya.

”Saya mempunyai cita-cita untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat belajar nanti.

”Ayah saya sekarang hanya bekerja sebagai buruh, ayahlah yang telah bertungkus lumus membesarkan kami adik beradik dalam serba sederhana, sekarang masanya untuk saya membalas jasa ayah” ujar mahasiswa jurusan Pengurusan Sukan ini.

Beliau yang merupakan anak bongsu dari tiga beradik ini merupakan anak yang pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

”Saya memilih Universiti Malaya bukan sahaja sebab yakin dengan kualiti pendidikan sebagai antara Universiti terbaik negara”

”Tapi saya juga percaya akan berpeluang menimba ilmu dan pengalaman kehidupan kampus yang cukup menarik dan menyeronokkan” kata Lai bila ditanya kenapa memilih UM.

“Lagi satu UM pun dalam KL lagi, senang nak ‘enjoy’ dengan kawan-kawan “ tambah Lai lagi yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tangkak Johor sambil mengukirkan senyuman.

Ketika kami masih terpegun dengan keberaniannya yang sanggup menunggang motorsikal dengan jarak yang agak jauh sambil membawa beg pakaian dan kelengkapan lain yang ada diikat dengan tali di belakang, penghuni Kolej Kediaman Raja DR Nazrin Shah (KK12) ini berkongsi lagi,

”Abang janganlah risau, saya baru je tukar minyak hitam motor ni bulan lepas”

Semangat yang telah ditunjukkan oleh Lia ini harus dicontohi oleh anak muda supaya tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa untuk menguruskan proses semasa pendaftaran.

Ini kerana terlalu banyak perkara yang harus dilakukan dan disediakan,pastinya akan menuntut banyak pengorbanan dan mungkin juga menelan banyak kos.

Sekiranya keluarga dalam keadaan yang berada tidak menjadi masalah namun bagaimana jika ibu bapa dalam keadaan kesukaran, sumber kewangan yang tidak menentu ,pasti akan menyusahkan keluarga nanti.

Tindakan Lau dilihat sudah cukup memudahkan keluarga mereka, apa yang paling penting, diri sendiri yang perlu hadir semasa proses pendaftaran. Tidak dapat dipastikan apakah halangan ibu bapa Lau kerana tidak menghantarnya hari pertama ke Universiti.

Reply