no comments

Remaja Gen2 Lawan Arus Kini BEBAS Dengan Jaminan RM5,000

Remaja Gen2 Lawan Arus Kini BEBAS Dengan Jaminan RM5,000

Remaja wanita yang memandu Proton Gen-2 lawan arus yang telah menyebabkan satu nyawa terkorban, kini bebas dengan jaminan RM5,000 di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang petang tadi, selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah berbahaya.

Pagi tadi, Ng Pei Ven, 19, dari Butterworth didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara 2 tahun dan/atau denda RM5,000. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah.

Sementara itu, pihak berkuasa membatalkan serta-merta lesen memandu remaja yang memecut melawan arah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan, Selasa lalu, sehingga menyebabkan seorang maut dan 5 cedera, kata menteri pengangkutan.

Pada selasa lalu, jam 7.50 pagi itu, Ng yang memandu Proton Gen-2 melanggar 3 kenderaan sebelum membuat pusingan U beberapa meter dari Plaza Tol Sungai Dua dan memecut melawan arah trafik sejauh 5km di Km 134 Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah.

Ia kemudiannya merempuh Perodua Kelisa yang dipandu pekerja kilang, Mohamad Fandi Rosli, menyebabkan bakal bapa berusia 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal.

Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan polis juga percaya pemandu dalam keadaan mabuk. Bagaimanapun, polis kelmarin berkata “ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya amfetamina”.

FMT,BH online

Reply