no comments

BERITA BAIK..! Rayani Air Buka Penerbangan Ke PENANG Dari KLIA2

 

BERITA BAIK..! Rayani Air Buka Penerbangan Ke PENANG Dari KLIA2

Sejak memulakan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi pada Disember tahun lalu, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air hari ini telah memaklumkan laluan baru dari KLIA2 ke PENANG.

Menerusi laman facebook rasminya, Rayani Air membuka laluan dua hala dari KLIA2 Ke Pulau Pinang dengan tawaran harga promosi serendah RM59 bagi ekonomi dan RM250 bagi kelas bisnes.

Rayani Air - Penerbangan ke Penang.png

Penerbangan ke laluan baru itu bermula pada 28 MAC 2016.

Untuk tempahan tiket sila layari www.rayaniair.com atau hubungi
talian khidmat pelangan kami di 03- 2721 4925
( 9 pagi – 6 petang )

Fakta Tentang Syarikat Penerbangan Rayani Air :

  • Beroperasi di KLIA2
  • Memulakan pernerbangan sulung pada 20 Disember dari KLIA2 ke Langkawi.
  • Memiliki 355 kakitangan yang melibatkan lapan juruterbang dan 50 anak kapal.
  • Menyediakan 16 tempat duduk kelas bisnes dan 128 kelas ekonomi.
  • Mempunyai 2 buah pesawat lama Boeing 737-400 yang dibeli dari Neptune Air Limited.
  • Destinasi awal adalah Langkawi dan Kota Bharu
  • Laluan yang diluluskan adalah Kota Bharu, Kuching, Langkawi dan Kota Kinabalu.
  • Tahun 2016 adalah untuk laluan Kuching dan Kota Kinabalu.
  • Tiada penerbangan pada hari Jumaat.
  • Tidak menghidangkan minuman keras dalam pesawat.
  • Makanan halal dalam pesawat
  • Doa sebelum perjalanan

Sasaran 2017 dan tahun mendatang.

  • Menambah 2 pesawat lagi iaitu 737-400 dan 737-800 untuk tambahan laluan domestik dan kekerapan penerbangan
  • Menambah jumlah pesawat dan meluaskan rangkaian ke rantau Asia termasuk Jakarta dan Manila.
  • Membuka laluan ke Timur Tengah yang khusus kepada penerbangan umrah dan haji.
  • menyasarkan untuk meluaskan pasaran di China.

Rayani Air menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 11 Disember 2014.

Syarikat itu merupakan hasil usahasama dua perniagaan iaitu syarikat minyak dan gas, Merdeka Jayabumi Enterprise dan syarikat perlombongan, Terus Maju Metal.

Reply