no comments

Rayani Air Mahu Lantik Mursyidul Am PAS Sebagai Penasihat

Rayani Air Mahu Lantik Mursyidul Am PAS Sebagai Penasihat.jpg

Syarikat penerbangan yang berkonsepkan patuh syariah, Rayani Air bercadang untuk melantik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sebagai penasihat.

Sekiranya veteran PAS itu bersetuju, beliau akan menasihati Rayani Air tentang bagaimana untuk melaksanakan konsep patuh syariah yang sebetulnya mengikut lunas Islam.

“Kami bercadang, apabila beliau sudah cukup rehat, maka kami akan berjumpa dengannya untuk menjadikan beliau sebagai penasihat,”

“Beliau akan menasihati kami, seperti bagaimana hendak melaksanakan konsep patuh syariah ini, dan ia meliputi segala segi,” kata pengarah urusannya Jaafar Zamhari sebagaimana lapor The Malaysia Insider.

Reply