“Rasulullah Tak Pakai Helmet, Kenapa Saya Harus Memakainya?”
Dalam menjalankan tugas sebagai mana kewajiban sebagai seorang polis trafik untuk menjaga keselamatan awam atau pengguna jalan raya amatlah penting dan itu adalah tanggungjawab mereka.
Kena tengking,maki hamun adalah irama yang menjadi alunan musik yang mereka dengar setiap hari.padahal mereka hanya menjalankan tugas yang sebenarnya kebaikannya untuk anda sendiri.
Telah berlaku satu kejadian yang cukup menarik dimana seorang yang nampak alim hanya mengenakan songkok putih dan berbaju putih layak sebagai seorang yang nampak kuat beragama berperang mulut dengan polis trafik akibat tidak memakai helmet ketika menggunakan motorsikal.
Yang menariknya dalam pertengkaran mulut tersebut, pengguna motorsikal tersebut memetik nama Rasullulah sebagai alasan mengapa dia tidak perlu memakai helmet ketika menggunakan motorsikal.
Berikut adalah perbualan mereka.
Polis: maaf boleh saya melihat lesen pakcik?
Pakcik: apa kesalahan saya?
Polis: pakcik tidak memakai helmet.
Pakcik: saya tidak akan mengenakan helmet sebab itu bukan sesuatu yang wajar bagi agama saya.
Polis: maksud pakcik?
Pakcik: Rasulullah tidak pakai helmet, jadi jangan paksa dan minta kepada saya untuk memakai sesuatu yang tidak dikenakan baginda.
Polis: tapi setahu saya, Rasulullah tidak menggunakan motor, saya ada satu soalan sederhana, kalau zaman Nabi ada motor apakan pakcik yakin Rasulullah tidak akan pakai helmet?
Pakcik: tersentak dan terdiam.
Polis: pakcik dengan mudahnya mengharamkan yang pakcik benci, tapi menghalalkan yang pakcik sukai, seolah pakciklah penentunya, saya percaya bahawa Rasulullah lebih menyukai umatnya yang menjaga kesihatan dan melindungi keselamatan dirinya serta keluarganya.
Pakcik: apa maksud tuan, apakah kerana tidak memakai helmet saya tidak melindungi keluarga saya?
Polis : ohh, sudah tentu pakcik, sebab jika terjadi hal buruk kepada pakcik akibat tidak memakai helmet, apakah keluarga pakcik tidak menerima akibatnya? bagaimana dengan perasaan takut dan tertekan yang akan mereka rasakan, siapa nanti yang akan mengurus dan menafkahi mereka?
Pakcik: Allah akan menafkahi mereka.
Polis: Melalui apa dan siapa? bukankah rezeki yang diberikan Allah akan melalui orang lain? begitu juga dengan keluarga pakcik, mereka menerima rezeki dari Allah melalui pakcik, jika pakcik mati akibat kemalangan, besar kemungkinan rezeki mereka akan melalui orang lain, boleh jadi ayah tiri, apakah pakcik ikhlas dengan semua itu.
Pakcik: sekali lagi terdiam seolah-olah apa yang dikatakan polis trafik itu betul, akhirnya pakcik tersebut mengeluarkan lesen dan ic untuk di saman kerana tidak memakai helmet ketika menggunakan motorsikal.
Polis: Melindungi diri sama dengan melindungi keluarga sendiri mungkin nampak remeh dengan sebuah helmet, tapi cuba pakcik bayangkan perasaan tidak susah hati yang dirasai oleh isteri, ibu, ayah, anak saat meraka melihat kepala kita dilindungi oleh helmet.
Kita tidak akan mendapat kasih sayang seperti mereka dari manusia lain maka dari itu cintailah keluarga anda. Hari ini saya tidak menyaman pakcik, anggaplah nasihat saya sebagai surat saman bagi pakcik.