no comments

RASMI! Harga Petrol RON95/RON97 Naik 20SEN, Diesel Naik 10SEN Mulai Februari 2017

RASMI! Harga Petrol RON95/RON97 Naik 20SEN, Diesel Naik 10SEN Mulai Februari 2017

Ura-ura mengatakan naiknya lagi harga runcit bahan api pada bulan Februari 2017 kini terjawab.

Harga semua bahan api bagi Februari 2017 akan naik menjadi lebih mahal berbanding bulan Januari lalu. Bermula tengah malam ini, petrol RON95 NAIK 20 sen, dan akan dijual pada harga RM2.30 seliter. Begitu juga dengan RON97 yang juga dinaikkan 20 sen kepada RM2.60 seliter.

Manakala bagi bahan api diesel pula, ia tetap naik 10 sen, dan dijual pada harga RM2.15 sementara bagi diesel Euro 5 harganya ialah RM2.25 seliter. Dengan pengumuman ini, nampak gayanya harga bahan api di Malaysia meneruskan trend kenaikan harga bagi dua bulan pertama 2017 ini.

Harga terendah yang dicatatkan setakat ini ialah pada September 2016, dengan RON95 dijual pada harga RM1.70 seliter, sementara RON97 pula pada kadar RM2.05 seliter. Kali terakhir harga bahan api turun ialah pada Disember 2016, sebanyak lima sen.

Paultan

Reply