Ranking Naik Lagi.. Passport Malaysia Kini Ke-4 Paling Berkuasa Di Dunia
Ranking Naik Lagi.. Passport Malaysia Kini Ke-4 Paling Berkuasa Di Dunia
Berita baik untuk ‘kaki travel’ yang memegang passport antarabangsa Malaysia. Terkini, ranking pasport Malaysia berada di kedudukan ke-4 paling berkuasa di dunia, menurut ‘Global Passport Power Rank 2017‘.
Malaysia meningkatkan kedudukannya dengan perubahan dua tanpa visa dari 2016 kepada kedudukan keempat di peringkat global sebaris dengan Jepun, termasuk Switzerland, Belanda, Belgium, Luxembourg, Austria dan Portugal berdasarkan mata terkumpul dalam Visa-Free Score (VFS).
Pada Januari lalu, Malaysia berada pada kedudukan kelima dengan VFS sebanyak 154 mata.
Berdasarkan kedudukan yang diterbitkan Indeks Pasport Arton Capital, VFS mewakili jumlah negara bagi pemegang pasport yang boleh melawat tanpa visa atau dengan visa semasa ketibaan.
Indeks tersebut merupakan satu-satunya masa sebenar kedudukan global bagi pasport di dunia, yang dikemaskini dari semasa ke semasa berikutan perubahan dan pengecualian visa baru diumumkan.
Pasport nombor satu paling berkuasa di dunia adalah Singapura dan Jerman.
Ia merupakan pertama kali bagi Singapura menduduki tangga teratas dengan VFS keseluruhan 159. Singapura sebelum ini menduduki tangga kedua.
Sweden pula di tempat ketiga dengan VFS keseluruhan 158.
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), Britain, Denmark, Finland, Itali, Perancis, Sepanyol dan Norway terikat di tangga ketiga dengan skor VFS 157.
Bagi rantau Asean, Malaysia dan Singapura masing-masing pada kedudukan keempat dan pertama, jauh mendahului negara-negara jiran seperti Brunei (kedudukan ke-21 dengan skor VFS 136), Thailand (54), Indonesia (67) dan Filipina (65).
Vietnam dan Kemboja terikat pada tangga ke-77 di dunia dengan skor VFS 49.
Pasport yang paling kurang berkuasa di dunia adalah Afghanistan.
– The Star