no comments

Ramai TERTIPU! Lelaki Bertopeng Jubah Hitam Di Anugerah MeleTop, Bukan Malique!

TERTIPU! Lelaki Bertopeng Jubah Hitam Di Anugerah MeleTop, Bukan Malique!

Nama ‘Malique‘ trending di laman sosial Twitter selepas kemunculannya bersama penyanyi Dayang Nurfaizah menerusi duet terbaru mereka iaitu Pejamkan Mata pada Anugerah MeleTOP Era (AME2017), Ahad lalu.

AME2017 yang berlangsung di Stadium Malawati pada malam itu kecoh dengan kemunculan Malique selepas beberapa tahun menghilangkan diri daripada bertemu peminat.

Namun begitu, keterujaan peminat nyata hampa apabila lelaki bertopeng dan berjubah hitam itu sebenarnya bukanlah Malique.

Sebaliknya suara Malique pada duet berkenaan hanyalah rakaman yang sudah dibuat awal dan kemunculan beberapa lelaki bertopeng di pentas hanyalah gimik semata-mata.

“Memang benar Malique tidak hadir namun Malique merakamkan suaranya secara langsung untuk digabungkan dengan persembahan bersama Dayang,” kata Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris kepada mStar Online.

Kemunculan beberapa lelaki yang berselubung dan tidak menampakkan wajah yang menyanyikan bahagian lagu Malique mengelirukan penonton dan membuatkan mereka tertanya-tanya kelibat penyanyi rap itu.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan bukanlah Malique, tetapi Danial Lawak Solo.

Menjelaskan mengenai perkara berkenaan, Namanzee berkata, pihaknya sudah berbincang dengan syarikat rakaman Malique iaitu Warner Music untuk mendapatkan penyanyi itu mengadakan persembahan bersama Dayang pada AME2017.

Bagaimanapun, pihak produksi menghormati keputusan bekas anggota kumpulan Too Phat tersebut yang enggan muncul dan hanya mengizinkan rakaman suara sahaja dilakukan untuk persembahan bersama Dayang.

“Perbincangan sudah dibuat tetapi kita hormat keputusannya namun kami cukup bertuah kerana Malique sudi merakamkan suaranya secara langsung untuk persembahan itu.

“Dayang pula memberi persembahan yang cemerlang walaupun tanpa Malique,” katanya.

Dalam Anugerah itu, pasangan sensasi Fattah Amin dan Neelofa mendominasi Anugerah Meletop Era 2017 apabila mereka bukan sahaja mengungguli kategori utama anugerah terbabit iaitu Anugerah Top Top Meletop Lelaki dan Wanita, malah turut membawa pulang trofi Drama MeleTop.

mStar Online

 

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close