Ramai Tertanya-tanya Kenapa Bola Ini Tergantung di Kabel Elektrik. Ini Fungsinya
Setiap satu perkara yang dilakukan itu pastinya mempunyai tujuannya sendiri samada masyarakat tahu atau tidak tahu. Perkongsian kali ini akan berkongsi kepada anda bagi sesetengah masyarakat yang mungkin masih belum mengetahui lagi kenapa sesuatu perkara itu dilakukan.
Siapa sini yang suka melihat pemandangan udara, atau sedang berjalan jauh, pasti anda biasa melihat susunan bola di atas pencawang eletrik yang berada di sepanjang jalan.
Mungkin anda tertanya-tanya, apakah tujuan bola itu dipasang di sepanjang wayar pencawang tersebut.
Dari sumber seorang bekar jurutera elektrik yang telah menjawab pertanyaan orang ramai, Paul Montgomery berkongsi, bola itu dipasang bertujuan untuk menjadi penanda aras keselamatan untuk pesawat, kapal terbang, belom udara panas atau penerjun udara.
Ia berfungsi untuk memberikan amaran visual kepada mereka yang berkenaan ini yang terbang renda ( low-flying aircraft) supaya tidak melanggar kabel.
Warna yang biasa digunakan ialah warna oren, merah atau putih. Ia dapat dilihat oleh juruterbang pada jarak kedudukan beberapa ribu meter. Kapal terbang atau pesawat kebiasaannya akan terbang lebih rendah di lokasi gunung, lembah, tasik, sungai serta kawasan yang semakin hampir dengan lapangan terbang atau tempat mendarat.
Penanda bola itu diperlukan sebagai panduan kepada juruterbang supaya tidak berlanggar dengan wayar yang sukar untuk dilihat dari jarah jauh.
Nampak dari bawah kecil ,tetapi saiznya tidaklah seperti yang kita bayangkan.
Daripada sumber Federal Aviation Administration (FAA) bola penanda mempunyai saiz standard diameter tidak kurang dari 36 inci yang juga bersamaan dengan 91 cm. Saiz yang lebih kecil pada diameter 20 inci atau 51cm dibenarkan untuk dipasang sekiranya wayar itu hanya berketinggian 15 meter.
Warna Yang Berbeza
Bola ini juga mempunyai perbezaan dari segi warna dan ianya bergantung kepada lokasi pencawang.
Warna standard yang biasa digunakan ialah oren, kuning dan putih dan untuk dikawasan lembah dan sungai, pencawang ini dipasang dengan bola yang bercampur warna antara oren, putih dan kuning tadi.
Kedudukan bola pada pencawang dirancang untuk mudah dilihat pada jarak 4000 kaki atau 1219 meter radius ( jarak sekeliling antara pesawat) supaya ianya mampu dilihat oleh juruterbang dari setiap sudut.
Jarak Setiap Bola Di Atas Satu Pencawang
Bola di berjarak antara 61 meter dengan bola yang lain, tetapi ia dipasang lebih dekat sekiranya di lokasi kritikal seperti lapangan terbang, lembah sungai dan sebagainya. Kedudukannya dikurangkan sekitar 10 hingga 15 meter.
Selepas perkongsian ini, diharapkan anda dapat mengetahui sesuatu yang baharu untuk hari ini. Sememangnya apabila kita melihat pemandangan udara, terutamanya diwaktu siang, ianya adalah satu pemandangan yang menarik apabila melihat bola tersusun cantik di permukaan udara. Ia seolah-olah kita melihat bola yang berterbangan diudara. Namun ternyata ianya bukanlah bertujuan untuk pemandangan kerana ianya dipasang dalam keadaan yang sangat berisiko.
Ianya memerlukan kepakaran dan pengalaman yang sewajarnya, ia bukan sahaja melibatkan risiko ketinggian tetapi pekerja berhadapan dengan aliran eletrik pada kadar beri-ribu volt yang mungkin terkena kepada pekerja tersebut.