2 comments

Ramai Orang Ingat Pemilik Syukor Burger Ni Banyak Duit. Realiti Sebenarnya Sekarang Dia Tengah Susah.

Memiliki perniagaan yang nampak gah adalah impian semua orang dan menjadi angan-angan buat sesiapa sahaja yang inginkan kekayaan.

Namun ramai yang belum memahami, dunia perniagaan sebenarnya amat ‘kejam’ dan boleh membuatkan seorang itu berada dalam risiko bahaya dimasa akan datang.

Penulis suka untuk berkongsi realiti sebenar dunia perniagaan yang mungkin ramai yang tidak menyedari bagaimana ianya boleh ‘menikam’ dari belakang seseorang itu tanpa sedar.

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Syukor Burger, sebuah syarikat tempatan yang sedang berusaha untuk bersaing secara sihat dan ingin sama-sama berdiri sama tinggi dengan jenama fastfood luar negara seperti Mc Donalds dan KFC.

Syukor Burger sebelum ini telah pun mencipta fenomena sendiri pada tahun lepas dimana burger hasil keluaran beliau berjaya mencapai jualan 1 juta biji burger yang hanya mengambil masa 9 bulan sahaja.

Penerimaan luar biasa dari masyarakat ,pemilik Syukor Burger iaitu En Syukor Majid mengorak langkah lebih berani dengan membuka cawangan restoran ‘drive-thru’ yang pertama di Johor Bahru.

Ramai orang ingat En Syukor Majid ni kaya raya, mampu buka beberapa cawangan restoran dengan pantas, dan kehidupan yang mewah hasil perkongsian beliau di media sosial.

Namun realiti sebenarnya adalah tidak sama seperti yang disangka.

Perkongsian ini adalah hasil dari perkongsian Cikgu Fadli Salleh dalam satu posting fb yang mendapat respon ramai netizen. Cikgu Fadli adalah rakan kepada Syukor Majid dan beliau berkongsi dalam satu pendedahan eksklusif mengenai realiti sebenar Syukor Burger yang dipandang hebat di media sosial.

Menurut Cikgu Fadli

“Cikgu. Cikgu baik dengan Syukor Majid kan?

Boleh tak cikgu minta sumbangan dia untuk projek naik taraf dewan sekolah kami. Bajet RM200,000. Kalau dapat separuh syukur dah. Terima kasih cikgu”.

“Cikgu. Boleh tak cikgu panjangkan surat permohonan sumbangan rumah anak yatim ni kat Syukor Majid?””

Cikgu. Saya ada bisnes dan produk bagus sangat. Boleh meletup produk ni. Cuma saya tak ada modal. Boleh tak cikgu pinjam dengan Syukor Majid untuk modal ni. RM50,000 sahaja cikgu. Nanti saya buat agreement hitam putih dan bayar bulan”.

“Cikgu. Boleh tak minta Syukor Majid sponsor program kami nanti?”

Banyak mesej, pm, dm masuk kat aku minta aku sampaikan hasrat mereka untuk dana pelbagai benda.

Semua suruh pakat minta dengan Syukor.Kat pm Syukor, beribu permohonan minta duit.

Anak operate, suami stroke, kereta rosak, bina bangunan, rumah bocor, surau masjid dan pelbagai lagi.

Orang nampak dia kaya, jadi ramai nak minta sumbangan direct dengan dia. Ye lah, dia belanja dan run bisnes macam ada mesin cetak duit kat rumah.

Duit dia macam tak pernah habis kan? Okeh.

Aku bagitahu satu rahsia ya.Syukor sekarang tak dak duit.Janji korang rahsiakan hal ni tau.

Jika Aisyah tahu, Syasya tahu, semua pakat tinggal dia nanti.

Duit dia berpuluh juta habis semua labur nak bangunkan bisnes dia, Syukor Burger tu. Tu pun modai tak cukup, pergi kejar menteri minta luluskan pinjaman puluh juta ringgit Malaysia.

Dah dapat loan, duit tak cukup lagi. Nak lagi sekitar RM65 juta lagi. Dengar-dengar, dia cucuk JCorp suruh invest lagi RM65 juta.

Setiap hujung bulan, beliau akan mengasingkan diri dan bercakap sorang-sorang.

Kadang bercakap dengan tiang, kadang bercakap dengan cicak. Nak bayar gaji pekerja beratus orang, nak bayar semua overhead kilang, restoran dan bisnes dia memang boleh hilang kewarasan juga. Hampir sasau gais nak settlekan semua tu.

Korang nampak dia happy, dia sungguh kelakar bila buat posting, orang baca asyik gelak sahaja.

Yang orang tak nampak, bebanan lebih besar dari gunung dia pikul sorang-sorang. Sekecil masalah ada semut di kilang sehingga sebesar masalah kewangan dia kena fikir dan selesaikan.

Masalah dia berselirat lebih teruk dari wayar yang ada. Namun dia tak pernah tunjuk semua masalah dia.

Dia tunjuk side happy dan side kelakar sahaja. Pamerkan yang bahagia dan gembira sedang sengsara ditelan seorang diri.

Itulah usahawan anak Melayu kita. Kental dan gagah. Degil dan berani.Aku bangga melihat perkembangan dan kemajuan bisnes dia.

La ni aku tahu dia tak dak duit. Semua habis buat rolling bisnes sahaja. 10 tahun lagi, bila semua dah stabil dan duit masuk macam air terjun yang turun tanpa henti, masa tu aku akan paw dia kaw-kaw.

Satu post aku tulis pasal dia aku nak charge RM150k. Semua post-post yang lepas aku akan kira belaka. Mau dapat RM15j nanti ni.

Jadi untuk merealisasikan hasrat aku paw dia RM150K satu post, aku doakan bisnes dia terus gemilang dan terbilang.

Terus maju jaya brother. Terus gigih dan kental la dikau. InsyaAllah jalan kejayaan makin hampir dah tu.

Begitulah antara perkongsian Cikgu Fadli mengenai sisi gelap sebenar dunia perniagaan, kita sebagai orang yang hanya “melihat” dari luar tidak akan tahu realiti sebenar.

Apa yang boleh kita buat ,sokonglah perniagaan mereka yang sedang diusahakan. Hasil sokongan andalah akan memastikan perniagaan mereka terus hidup dan maju.

2 Comments

  1. aloya

Reply