no comments

RAKYAT SUSAH NAK KE LUAR NEGARA LAGI BAGUS! – MENTERI

Luar Negara.jpg

RAKYAT SUSAH NAK KE LUAR NEGARA, LAGI BAGUS! – MENTERI

Memetik laporan dari FMT, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tidak menggalakkan rakyat negara ini untuk bercuti ke luar negara.

Malah, ia lebih bagus jika mereka lebih susah untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau amat menggalakkan pelancong luar datang ke negara ini.

“Saya selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, saya tidak galakkan rakyat kita melancong ke luar negara. Saya hanya menggalakkan pelancong luar negara ke Malaysia.

Jadi, kalau mereka susah nak melawat ke luar negara lagi bagus,” – katanya sewaktu berbahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di Parlimen.

Kenyataan Nazri itu bagaimanapun dicelah oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang memerli Ahli Parlimen Padang Rengas itu dengan menyatakan bahawa hanya menteri sahaja berhak keluar negara.

“Yang boleh melancong ke luar negara hanya menteri seorang sahaja,” sindirnya.

Celahan Tian Chua itu menyebabkan Dewan Rakyat gamat dengan sorakan dari ahli Parlimen lain.

Bagaimanapun, celahan Tian Chua itu disambut Nazri dengan menyatakan bahawa tujuan beliau ke luar negara adalah untuk mempromosikan industri pelancongan Malaysia.

“Yang berhormat tahu atau tidak promosi?”Soalnya.

Lantaran itu, netizen di media sosial meleuahkan rasa berang dan geram mereka terhadap kenyataan menteri itu.

“Ya Allah, geramnya! Yang isteri dia keliling dunia boleh pula! Tolonglah cakap perkara yang logik sikit. Ini tidak! dah serupa nak jadi Korea Utara ke? Semakin hari semakin bodoh para menteri Najib ni!”- kata netizen

Reply