no comments

Rakyat Malaysia Di Korea Utara Dihalang Keluar

Rakyat Malaysia Di Korea Utara Dihalang Keluar

Kerajaan Korea utara telah mengeluarkan larangan kepada semua rakyat Malaysia yang berada disana daripada meninggalkan negara tersebut, sebagai tindakan balas penghalauan duta besar mereka.

Tindakan itu mungkin satu cara untuk menjadikan mereka ‘tebusan‘ ketika sengketa diplomatik antara kedua-dua negara semakin buruk berikutan pembunuhan Kim Jong-Nam di KLIA.

Ianya juga sebagai cara untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya yang masih berada di Malaysia.

“Semua rakyat Malaysia di Korea Utara akan dilarang buat sementara waktu daripada meninggalkan negara ini sehingga peristiwa yang berlaku di Malaysia diselesaikan secara teratur,” menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea yang memetik kenyataan kementerian luar.

Pihak Kementerian Luar Korea Utara juga telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka itu di mana mereka berharap kes tersebut dapat diselesaikan secara adil.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close