no comments

Raih Lebih 3 Juta Views Dalam Masa 2 Minggu, ‘Sayunk I Love You’ Trending Di Tiktok

Sekarang adalah zaman dimana semua individu yang ingin menjadi popular dengan pantas akan memilih platform tiktok sebagai medium untuk memasarkan produk , jenama atau lagu untuk pelancaran.

Tempias ini turut dirasai oleh bintang baru yang sedang meningkat naik iaitu Chombi. Chombi yang baru sahaja keluar dengan single baharu yang bertajuk ‘Sayunk I Love You’ mendapat tempat di hati peminat dengan lagu berunsur kemelayuan moden. Lagu tersebut kini sedang trending di tiktok dan ramai pengguna tiktok telah menjadi chorus lagu tersebut sebagai video ciapan di akaun tiktok masing-masing.

Penangan tular di tiktok lagu ciptaan Harry Khalifah ini telah mendapat lebih 3 juta tontonan di YouTube dalam masa hanya 2 minggu. Lirik lagu ini turut ditulis oleh Ajim Maze.

Irama kemelayuan yang dibawa serta rentak yang agak “catchy” menerusi lagu ini telah mendapat tempat di hati pendengar. Bukan itu sahaja , pendengar turut memuji kecantikan penyanyi lagu ini Chombi yang juga merupakan anak kepada Harry Khalifah.

Kejayaan lagu ini turut dilihat dari segi respon netizen menerusi komen di video YouTube lagu ini.

“Tahniah, trending no.1”

“semoga sukses dalam industri muzik”

“bila dengar lagu ni, kaki auto gerak gerak, aura lagu ni sampai ke hati”

“bestnya lagu ni, lagu santai, sesuai sangat untuk majlis keramaian macam majlis kahwin”

Komen juga turut diberikan oleh peminat dari seberang.

“SALAM DARI INDONESIA, ini lagu sering ku putar di mobil,kalau aku jalan jalan, kereen ini lagu”

Ini adalah satu lagi karya keluaran Padu Record yang mengetengahkan lagu lagu berunsur kemelayuan yang masih mendapat tempat di hati peminat sehingga sekarang.

Pujian harus diberikan kepada Harry Khalifah kerana berjaya menghasilkan karya karya seperti ini. Sokongan terhadap lagu ini adalah bukti bahawa peminat masih menginginkan lagu kemelayuan dan disertai dengan susunan muzik yang catchy dan ringkas. Lagu sedap di dengar dan mudah menjadi siulan buat sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Reply