no comments

‘ PUTERI ‘ ANIMASI TERBARU LES’ COPAQUE PRODUCTION

' PUTERI ' ANIMASI TERBARU LES' COPAQUE PRODUCTION.png

‘ PUTERI ‘ ANIMASI TERBARU LES’ COPAQUE PRODUCTION

Syarikat animasi tempatan , Les’ Copaque Production Sdn. Bhd selepas berjaya mencipta kejayaannya dalam pembikinan siri-siri animasi sehingga disenaraikan dalam ‘Malaysia Book Of Records’ kini akan menerbitkan satu lagi siri animasi terbarunya. Selepas menghasilkan animasi terkenal yang berjaya iaitu Upin & Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Siri animasi terbaru Les’ Copaque kali ini berjudul ‘ Puteri ‘ yang akan mula ditayangkan pada 23 November nanti di saluran TV3.

Animasi terbaru Puteri ini berkisarkan 5 orang puteri yang tinggal di Kerajaan Limau iaitu Puteri Manis, Bali, Kasturi, Purut dan Nipis yang mempunyai keistimewaan dan bakat masing-masing. Apabila mereka bergabung tenaga, mereka mampu untuk mengekalkan keamanan di Kerajaan Limau dengan mematahkan segala ancaman jahat, kuasa hitam dan makhluk mistik. Untuk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar animasi puteri ini boleh klik pautan ini —-> Koleksi gambar animasi Puteri Limau


 

 


Trailer rasmi animasi ‘ Puteri ‘ dari channel youtube Les’ Copaque. Saksikan..!


Animasi terbaru Les’Copaque Production ‘ Puteri ‘

Infokini.my

Reply