1 comments

Putera Mateen Cari Calon Isteri Sebagai Menantu Sultan Brunei

Pengiran Muda Abdul Mateen Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana majoriti rakyat Malaysia sudah mengenali siapakah empunya nama ini.

Lebih mudah dipanggil dengan nama “Prince Mateen”, Pengiran Muda Abdul Mateen merupakan anak ke-10 Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal B0lkiah.

Berketurunan kerabat di Raja Brunei Darussalam dan memiliki rupa paras yang kacak, sɛmestinya membuatkan Pengiran Mateen ini mɛnjadi putera impian ramai gadis-gadis di luar sana.

Baru-baru ini Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-29.

putera mateen

Dilahirkan pada 10 ogos 1991, kini timbul desas desus mengatakan Putera Mateen ada meluahkan hajat untuk mencari calon isteri. Difahamkan, Putera Mencari wanita yang berkongsi minat yang sama dengannya. Dan rasanya sesiapa yang mengikuti laman sosial rasmi Putera Mateen ini akan tahu apakah minat putera Raja ini.

Malahan, kerabat diraja Brunei dikatakan sudah mula mɛluahkan hasrat mereka untuk mencari cal0n istɛri buat Putera Mateen mɛmandangkan umurnya sudah sesuai untuk bɛrumah tangga.

Baginda mendapat pendidikan dari Royal Military Academy Sandhurst 2014, Putera Mateen juga meminati sukan Polo, Aircraft dan juga pencinta alam semulajadi.

putera sultan brunei

Sebagai tambahan, Putera Abdul Mateen tinggal di istana mewah Brunei yang dikatakan mempunyai sebanyak 1877 buah bilik yang bertahtahkan emas, berlian dan perak.

Adakah anda masih bujang dan impikan untuk bersuamikan Putera Raja seperti ini? Doa, usaha, tawakal, Insyaallah Putera Raja akan menjadi pasangan hidup anda. Siapa tahu bukan sekarang mungkin suatu hari nanti?

Apa-apa pun kami doakan supaya Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah segera dipertemukan jodoh dan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Insyaallah… Amin.

One Response

  1. Norwahida binti Zamali

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close