no comments

PUNCA SEBENAR Produk Qu Puteh DiHARAMKAN & Kesan Bahayanya Pada Kesihatan

Produk Qu Puteh Diharamkan.png

PUNCA SEBENAR Produk Qu Puteh DiHARAMKAN & Kesan Bahayanya Pada Kesihatan

Selepas Brunei, Malaysia juga melarang penjualan produk kosmetik Qu Puteh keluaran Vida beauty.

Produk yang dikenalpasti itu ialah QU Puteh Whitening Pro 9 bernombor notifikasi NOT151106644K. Produk Qu Puteh Whitening Pro 9 tidak lagi dibenarkan dijual.

Punca Sebenar produk itu diharamkan adalah kerana dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produk itu sudah diuji pihak kementerian dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini, selain menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan produk berkenaan.

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan sudah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (bengang telinga) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan. Pengguna pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk berkenaan.

Notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta-merta.

Syarikat kosmetik milik Jutawan Dato’ Seri Hasmiza Othman atau Vida itu, diarah menarik balik produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Pihak KKM berkata, produk kosmetik yang dicampur dengan merkuri kebiasaannya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan antipenuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan. Produk kosmetik tidak boleh mengandungi merkuri kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri juga boleh dialami oleh orang sekeliling apabila produk kosmetik mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak, yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Bayi dan kanak-kanak kecil berisiko terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik itu.

Berikut adalah kenyataan penuh KKM:

1.png

2.png

3.png

 

Reply