no comments

PUNCA MENGAPA KULIT LUTUT DAN SIKU WARNA HITAM

PUNCA MENGAPA KULIT LUTUT DAN SIKU WARNA HITAM.jpg

PUNCA MENGAPA KULIT LUTUT DAN SIKU WARNA HITAM

Lutut yang gelap dan hitam sememangnya menjadi satu masalah yang cukup mengganggu, lebih-lebih lagi bagi para wanita. Pernah ada satu kes, seorang lelaki mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan cintanya gara-gara pasangannya menyembunyikan rahsia yang lutut dan sikunya gelap.

Namun, pernahkah kita terfikir Mengapa? dan Apa punca sebenar warna kulit pada bahagian lutut dan siku lebih gelap?

Sebenarnya, kulit hitam pada lutut adalah disebabkan oleh pengambilan kadar gula yang berlebihan dan kulit pada bahagian itu kering kerana sering bergeseran dengan pakaian. Antara penyebab lain lagi yang menjadikan lutut hitam adalah,


1) PIGMEN KULIT – Sebenarnya siku dan lutut mempunyai lapisan kulit yang sangat tebal berbanding kulit-kulit yang lain. Oleh kerana itulah kedua bahagian ini mempunyai kulit yang sedikit gelap jika diamati sedalamnya.

2) KELENJAR MINYAK – Keadaan kulit yang kering pada bahagian siku dan lutut disebabkan oleh wujudnya kelenjar minyak yang berlebihan. Maka secara tidak langsung pekara ini menyebabkan kulit di bahagian siku dan lutut mudah kering dan semakin  rapuh.

3) TEKANAN/GESERAN – Secara Amnya siku dan lutut bahagian yang mendapat tekanan yang lebih. Contohnya bila kamu berlutut dan menopang dagu. Keadaan ini telah menyebabkan kulit di kedua bahagian ini membentuk satu lapisan yang keras di panggil berlulang.

4) RADIASI MATAHARI – Kulit yang sering terdedah kepada pancaran matahari boleh menyebabkan radiasi. Oleh kerana itulah siku dan lutut  kamu sering mengalami berlulang dan kehitaman berbanding kulit di bahagian yang lain.

Kerana inilah kulit di bahagian siku dan lutut tidak seindah kulit di bahagian yang lain.

Tetapi, adakah kamu mengalami nasib yang ‘malang’ ini ? Kalau ya, sudah tentu kamu ternanti-nanti dan ingin tahu cara yang paling mujarab untuk mencerahkan kepala lutut dan siku yang hitam itu?

Bagi yang tertanya-tanya cara yang mudah dan berkesan untuk memutihkan semula lutut anda yang hitam, disini kami kongsikan 4 cara mudah untuk memutihkan kembali tona kulit pada lutut dan siku anda.


Bawang

Bawang bukan sahaja menjadi bahan penting dalam masakan, malah boleh juga menjadi penawar kepada kulit lutut yang hitam. Caranya adalah dengan mengambil satu labu bawang merah dan bawang putih. Kemudian hancurkannya sehingga halus sebelum dicampur dan disapu pada kulit lutut. Tunggu selama 10-15 minit sebelum dibersihkan.

Minyak Zaitun atau Minyak Kelapa

Seperti sedia maklum, minyak zaitun antara minyak yang boleh digunakan untuk menjaga kulit. Untuk memutihkan lutut yang hitam pula, sedikit kaedah tambahan diperlukan. Panaskan satu sudu teh minyak Zaitun kemudian lumurkan di kulit lutut. Amalkan tiga kali seminggu sebelum anda tidur pada sebelah malam.

Scrub Oatmeal

Selain baik untuk kulit muka, Scrub Oatmeal juga boleh dijadikan ubat bagi lutut hitam. Caranya adalah dengan mencampurkan dua sudu teh oatmeal dengan krim. Sekiranya tidak mempunyai krim, madu juga boleh digunakan sebagai ganti. Adunkan kedua-dua bahan itu sehingga rata, kemudian lurut di di kulit lutut dan biarkan selama dua minit. Setelah campuran itu kering, gosokkan dengan perlahan sehingga ia bersih dari lutut anda.

Lemon atau Limau Nipis Bersama Madu

Campurkan air perahan lemon atau limau nipis dengan satu sudu teh madu, kemudian gosok di lutut dan dibiarkan selama 15 – 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Untuk hasil yang lebih memuaskan, ulang 1-3 kali seminggu.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close