no comments

Punca [email protected] Kerbau Mowgli Syukor Khamis Akhirnya Telah Dikenalpasti!

Susulan lebih 30 daripada 110 kerbau milik Muhammad Syukur Khamis, atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ mati secara tiba-tiba sejak Rabu lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah mengenal pasti punca [email protected] itu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengesahkan lebih 30 kerbau Mowgli itu diserang penyakit Heamoragic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah.

Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan keadaan kerbau, selain rekod kematian kerbau di tempat lain.

“Penyakit ini bermula sejak Ogos lalu tetapi sudah pulih sekejap namun bermula semula pada 12 September.

“Saya sudah mengingatkan penternak supaya sentiasa menyuntik vaksin pencegahan HS ke atas ternakan mereka.

“Malangnya tidak semua penternak yang akur dengan arahan dan memberi kerjasama pada akhirnya mereka mengalami kerugian,” katanya.

Mohd Termizi berkata, kes hawar berdarah mula dikesan di Kampung Tumang Jerong, Marang.

“Kes pertama HS bermula pada 9 Ogos membabitkan kematian 22 kerbau dan 15 lembu dan kematian terakhir pada 28 Ogos lalu.

“JPV memulakan penvaksinan HS pada 30 Ogos ke atas 675 lembu dan 58 kerbau milik 106 penternak di 12 kampung.

“Pada 12 September berlaku kes HS baru di Kampung Banggol Peradong membabitkan kematian tujuh kerbau milik seorang penternak,” katanya.

Beliau berharap semua penternak bersabar dan mematuhi arahan yang dikeluarkan JPV.

“Dalam keadaan sekarang hadkan pergerakan ternakan sama ada lembu atau kerbau ke kawasan lain.

“Kedatangan lori peraih ternakan daripada datang ke kandang ternak juga perlu dihadkan.

“Segala bentuk perjalanan dan pemindahan haiwan ternakan perlu mendapat permit perjalanan daripada JPV terlebih dahulu bagi mengelakkan penularan wabak ke tempat lain,” katanya.

Ayah kepada Syukur, Khamis Jusoh berkata, dianggarkan hampir RM200,000 kerugian yang dialami susulan kematian lebih 30 kerbau itu.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close