1 comments

Patutlah Bapak Murid Tak Muncul Time Wartawan Nak Interview, Rupanya Dapat Sesuatu Yang Mengejutkan!

Susulan kes pelepasan pendakwaan ke atas Cikgu Azizan, wartawan cuba untuk menemubual bapa kepada murid, namun tidak muncul-muncul setelah ditunggu selama 4 jam di lokasi yang dijanjikan.

Lelaki berusia 50 tahun itu, memberitahu wartawan untuk bertemu di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak antara jam 9.30 hingga 10 pagi.

Berikutan itu, lebih 20 wartawan berkumpul di lokasi berkenaan seawal jam 9 pagi dan menunggu lebih empat jam sebelum dimaklumkan lelaki berkenaan mengubah fikiran kerana keluarganya masih tertekan dengan keadaan semasa.

Menurut Datuk Chong Sin Woon, ibu bapa kepada murid tahun 5 itu, menerima ugutan bunuh di media sosial.

“Ibu bapa dan kanak-kanak itu trauma disebabkan insiden tersebut dan kini menerima ugutan bunuh.

“Ini sememangnya kerja keyboard warrior yang tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,” kata Timbalan Menteri Pelajaran pada Jumaat selepas bertemu pasangan suami-isteri itu dan juga anak mereka di Nilai.

Sin Woon berkata selepas bertemu ibu bapa murid tersebut dan Azizan secara berasingan, beliau membuat kesimpulan bahawa kedua-dua pihak mahu melupakan episod hitam itu dan melangkah ke hadapan.

“Saya bertemu kedua-dua pihak dan akan mengatur pertemuan antara mereka dalam masa terdekat.

“Mereka juga meminta tempoh bertenang dan mahu melangkah ke hadapan,” katanya.

Mahkamah Majistret di Seremban pada selasa lalu telah melepas tanpa membebaskan Cikgu Azizan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Semarak atas pertuduhan mencederakan muridnya Oktober lalu.

Majistret membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik pertuduhan kes itu.

Mstar, BH

One Response

  1. laser

Reply