Psiko! Chat Bersama Suspɛk Didedahkan, Selamba Takde Perasaan.. Siap Up Status Whatsapp
Kejadian pɛmb0nvhan kɛjam remaja perempuan 19 tahun, Siti Nur Surya Ismail, dirumahnya di Kampung Lubuk Batu, Telemong Hulu Terengganu benar-benar menggemparkan satu Malaysia. Lebih mengejutkan lagi apabila pɛlakunya dipercayai rakan baiknya sendiri.
Pihak p0lis telah membuat tangk4pan terhadapnya selepas meneliti bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman m4ngsa.
Lantaran itu, tular beberapa perbualan di Whatsapp antara suspɛk bernama Athirah yang konon tidak mengetahui dan cuba menafikan penglibatannya dalam kejadian itu.
Menurut pengguna Facebook Attyra Saari, adiknya ada menyoal tentang insiden tersebut kepada suspɛk untuk mengetahui kesahihah berita itu. Bagaimanapun dia cuma membalas ‘tak tahu’, namun sempat berkongsi sekeping foto Nur Surya bagi menjawab tentang individu yang ada di rumah terbabit.
Lebih terkesima, perbualan itu bermula apabila dia sendiri memuatnaik status di Whatsapp bertanya, benarkah apa yang menimpa kepada Nur Surya. Seolah-olah tidak mengetahui apa, sedangkan pelakuan itu oleh dirinya sendiri. Malah membalas chat selamba tanpa ada perasaan apa-apa.
Penahanannya dibuat selepas diserahkan oleh ibunya pada 8.15 pagi semalam yang datang ke Balai Polis Telemong untuk memberi keterangan.
Keterangannya mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecedɛraan termasuk gigit4n pada lengan dan badannya.
Susulan itu, polis menjalankan sias4tan di rumah suspɛk sebelum menemui beberapa barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik Nur Surya.
Suspɛk akan dibawa ke Mahk4mah Majistret Marang hari ini untuk permohonan rɛman, dan kɛs disiasat mengikut Seksyɛn 302 K4nun Kesɛksaan kerana mɛmbun0h.
Sebelum kejadian, su$pɛk dikatakan pergi ke rumah m4ngsa dengan menaiki motosikal. Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata-mengata yang menimbulkan kemar4han pada suspɛk sebelum berlaku dan pergɛlutan.
Suspɛk kemudiannya mengambil pis4u dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengɛlar beberapa kali pada pergɛlangan tangan kiri Nur Surya sehingga putus.
Pemergian Nur Surya disedari oleh adiknya selepas pulang dari sekolah, lalu segera memaklumkan kepada bapanya.
Jɛnazah Siti Nur Surya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, jam 8.15 malam dalam keadaan sayu.
Terdahulu, jɛnazah Allahyarham dibawa dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tiba di rumah keluarganya di Kampung Beladau Selat kira-kira jam 6.30 petang sebelum dibawa ke masjid kampung itu untuk disembahyangkan selepas Solat Maghrib.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang turut dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan.
Sementara itu, bapanya, Ismail Muda berkata; dia berharap kem4tian anaknya mendapat pembelaan sewajarnya. Dia juga tidak menyangka gadis sebaya usia arwah dan dikenalinya sanggup mengambil tindakan kɛj4m sedemikian.
Katanya, pada masa sama, dia sudah menjangkakan pel4kunya adalah perempuan, berdasarkan kesan tapak kaki kecil, tetapi tidak tahu identiti individu terbabit.
“Terdapat beberapa kesan tapak kaki berserta dar4h di atas lantai menuju pintu bilik, selain bedak yang ditabur pada pintu almari dipercayai bertujuan menghilangkan kesan cap jari.
“Arwah sudah lama tidak berkawan dengan perempuan terbabit, tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga membawa kepada pɛmbun0han,” katanya.
Memilukan, apabila dia terpaksa berbohong pada isterinya yang menghidap sakit kanser otak dengan mengatakan Surya meningg4l dunia disebabkan demam kerana bimbang kejadian ini akan menjejaskan kesihatannya.