no comments

Gara-gara Promo Cermin ‘Kalis’ Bunyi Azan, Company Ini Akhirnya ‘Terciduk’ Selepas Dikẹcam Ramai

Azan akan berkumandang dari masjid-masjid dan surau setiap kali masuknya waktu solat fardhu bagi memberi peringatan kepada umat Islam untuk menunaikan kewajipannya kepada Tuhan. Walaupun laungan azan itu jelas kedengaran, namun, masyarakat Malaysia majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama tidak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai satu masalah.

Tetapi, satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan memasang cermin didakwa mengambil kesempatan menjadikan azan sebagai salah satu bahan ‘testimoni’ dalam strategi pemasaran dengan mempromosikan cermin kalis bunyi kononnya mampu ‘memperlahankan’ bunyi azan.

Tindakan pemasaran syarikat cermin itu nyata menimbulkan ketẹgangan dan kẹcaman masyarakat Islam terutamanya, yang dianggap kurḁng ajḁr serta tidak menjaga sentiviti penganut agama majoriti dalam negara ini. Susulan itu syarikat berkenaan telah menurunkan posting itu di laman facebooknya dan tampil mengeluarkan permohonan maaf.

Membuat Permohonan Maaf

Kami nak anda tahu, kami dari…. ingin memohon maaf susulan penggunaan bunyi azan sebagai testimoni untuk produk kalis bunyi itu yang disiarkan di media sosial. Perkara tersebut seolah-olah tidak menghormati penganut agama Islam dan kami benar-benar menyesal. Syarikat kami juga, telah memadam posting terbabit dan akan membuat satu garis panduan sebelum mana-mana posting disiarkan. Tambahan pula, kami juga telah menerangkan kepada pekerja-pekerja yang lain akan sensitiviti berhubung isu yang telah terjadi. Selain itu, kami nak anda tahu yang kami amat mengambil berat dengan apa yang terjadi dan meminta maaf sekali lagi kerana menggunakan bunyi azan sebagai testimoni . Kami cuba untuk memperbaiki pada masa akan datang dan sangat menghargai segala respon yang diberikan.

Syarikat terbabit telah tampil mengeluarkan satu kenyataan media memohon maaf atas postingnya yang menjadikan bunyi azan sebagai testimoni kepada produk tingkap kalis bunyi yang dihasilkan.

Reply