Pramugari MAS Menangis Di Depan Mufti Kerana Terpaksa Hidang Arἀk

Pramugari MAS Menangis Di Depan Mufti Kerana Terpaksa Hidang Arak.jpg

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara Islam di mata dunia namun masih banyak lagi sebenarnya yang perlu diterapkan dan tidak menepati syariah Islam yang sebenar dimana mengharamkan segala minuman-minuman keras dan benda yang haram.

Terbaru, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin telah berkongsi sebuah kisah sedih di laman Facebooknya yang menceritakan luahan hati sedih seorang pramugari Malaysian Airline System Bhd (MAS).

Menurut Dr Asri, pramugari berkenaan menghadapi tekanan kerana dia dikatakan terpaksa menghidangkan arἀk atas pesawat dan tidak dibenarkan memakai tudung walaupun beliau seorang wanita Islam.

Mufti Perlis itu meluahkan rasa simpati dan tersentuh dengan luahan hati kakitangan MAS berkenaan, dimana beliau ternyata hairan mengapa MAS perlu menyediakan hidangan arἀk, sedangkan banyak lagi syarikat penerbangan lain yang tidak menghuidangkan minuman itu.

Berikut adalah hasil tulisan Dr Asri

MAS, Tudung dan Arἀk

Malam ini jiwa saya agak tersentuh. Dalam penerbangan MAS malam ini, seorang pramugari datang mengadu dan menangis di hadapan saya mengenai nasibnya. Jiwanya menderita kerana terpaksa menghidangkan arἀk dan tidak dibenarkan memakai tudung. Dia bekerja untuk menyara anak-anaknya. Ini bukan kali pertama saya mendengar aduan seperti ini.

Saya sangat simpati dan tersentuh. Lebih sedih lagi memikirkan MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan negara yang majoriti penduduknya muslim.

Sesetengah orang melayu jika diberitahu ada syarikat tertentu halang wanita muslimah memakai tudung ataupun memaksa mereka menghidangkan arἀk, tentu akan mengamuk sakan. Segala dalil dan semangat akan dihamburkan. Malangnya kita lupa bahawa syarikat penerbangan negara yang merupakan imej dan identiti Malaysia itu sendiri tidak membenarkan pramugarinya memakai tudung dan terpaksa menghidangkan arἀk.

Retorik-retorik politik berbaur agama yang kita dengar di media dan bicara ahli-ahli siasat itu, tidaklah setakat mana jika kita lihat kepada nasib pekerja-pekerja MAS yang beragama Islam itu.

Saya dengan ini, mengajak rakyat Malaysia memohon kepada pihak kerajaan agar wanita muslimah yang bertugas sebagai stewardess MAS diberikan keizinan untuk memakai pakaian yang memenuhi sifat pakaian seorang wanita muslimah. Juga pekerja muslim dan muslimah tidak ditugaskan untuk menghilangkan arἀk. Terimalah itu sebagai hak mengamalkan agama mereka iaitu Islam. Bahkan MAS tidak wajar menghidangkan arἀk. Banyak penerbangan yang tidak menghidangkan arἀk, mengapa perlu kita menghidangkannya?!!

Marilah kita menyokong permohonan ini kepada sebuah kerajaan yang sering melaungkan nama Islam dalam slogannya. Mohon mencadangkan.

Pramugari MAS Menangis Di Depan Mufti Kerana Terpaksa Hidang Arak.png

1 thought on “Pramugari MAS Menangis Di Depan Mufti Kerana Terpaksa Hidang Arἀk”

  1. CHE MOHD ROSDI BIN CHE LAH

    Sangat suka artikel ini. Alhamdulillah. Terima kasih Datuk DR Asri. Semuga Allah mengabulkan doa orang orang Islam. Amin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top