no comments

Polis trafik tutup jalan ingatkan Agong nak lalu. Tiba-tiba lelaki ini meluru ke tengah jalan. Ini yang dia buat

Di Malaysia ini biasa kita lihat jalan akan ditutup atau dihalang untuk dilalui oleh orang awam apabila Raja-Raja atau Sultan yang akan melalui sesuatu jalan itu. Tidak kurang juga ada jalan yang ditutup apabila VVIP ingin lalu di sesuatu laluan itu.

Seperti sebelum ini, pernah Presiden Amerika Syarikat iaitu Presiden Barack Obama datang ke Malaysia. Yang pasti semua jalan yang bakal dilalui oleh beliau dijaga rapi dan ditutup kepada semua kenderaan.

Ini adalah prosedur biasa yang dilakukan di Malaysia.

Namun, baru-baru ini berlaku satu kejadian yang seakan-akan seperti ini apabila satu persimpangan jalan ditutup oleh polis trafik.

Ramai yang merasa pelik dan hairan kena tiba-tiba jalan itu ditutup sedangkan tiada kenderaan VVIP mahupun Raja atau Yang Dipertuan Agong yang melalui jalan tersebut.

Apabila memerhatikan video yang tular tersebut, tenyata memberikan jawapan kepada persoalan itu.

Seorang lelaki berbaju biru meluru ke tengah jalan untuk mengangkat seekor kucing yang meronta-ronta yang tidak mampu untuk berjalan.

Dalam pada masa sama dua buah motosikal polis trafik berhenti di tengah simpang dan tidak membenarkan semua kenderaan untuk bergerak ke hadapan.

Setelah selesai lelaki berbaju biru itu mengalihkan kucing itu, maka polis trafik itu terus membiarkan trafik bergerak seperti biasa.

Namun, tidak diketahui apakah nasib kucing yang diselamatkan oleh lelaki berbaju biru itu. Diharap kucing itu terus hidup dan selamat.

Video ini membuatkan ramai pencinta haiwan kagum dan berterima kasih kepada abang polis dan lelaki berbaju biru itu kerana sanggup menyelamatkan kucing tersebut di tengah jalan yang penuh dengan kenderaan.

Keberanian lelaki berbaju biru itu harus dipuji dan tidak lupa juga kepada dua orang abang polis.

Reply