no comments

Terkini! Polis Bawa Keluar Suspek Bakar Tahfiz Melawat Lokasi Kebakaran. Apa Yang Dicari?

Pihak Polis membawa keluar seorang daripada tujuh suspek yang membakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, ke lokasi kebakaran pagi tadi.

Suspek berusia 16 tahun itu dibawa oleh pegawai dan anggota polis dengan menaiki sebuah van ke lokasi kejadian pada jam 11.50 pagi, dipercayai dari lokap Balai Polis Jalan Pantai.

Dia kemudian dibawa masuk ke dalam pusat tahfiz sebelum menuju ke bahagian belakang untuk menunjukkan kepada pihak polis mengenai situasi yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian 14 September lalu.

Selepas berada di sana selama lebih kurang 10 minit, suspek kemudian dibawa menaiki tangga belakang menuju ke tingkat atas.

Suspek dibawa keluar dari pusat tahfiz itu pada jam 12.54 tengah hari.

Pihak polis turut memperketatkan kawalan di kawasan persekitaran bagi mengelakkan wajah suspek dirakam pihak media dan orang awam.

Sementara itu, di lokasi sama, Unit Forensik Polis Bukit Aman dan Kuala Lumpur, turut menjalankan tugas dengan merakam gambar dalam dan luar kawasan pusat tahfiz bagi melengkapkan siasatan mereka.

Mereka juga turut membawa kamera 3 dimensi (3D) terbaharu, yang digunakan sebagai rujukan secara teknikal untuk siasatan mereka.

Orang ramai terus membanjiri pekarangan pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung itu bagi menyampaikan sumbangan kepada pengurusan Darul Quran Ittifaqiyah, selain ingin melihat sendiri lokasi kejadian.

 

BHarian Online

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close