no comments

Poligami Patut Dihapus dan Diharamkan Walaupun Dibenarkan Dalam Al-Quran

Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan seperti mana firman Allah s.w.t :

“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat.” (Surah An-Nisa’:3).

Dengan firman dari Allah s.w.t jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa Islam tidak melarang untuk lelaki berpoligami.

Beberapa hari lepas viral satu status facebook yang mempertikaikan tujuan sebenar lelaki berpoligami. Akaun facebook Asiah Abd Jalil memuatnaik status facebook mendakwa lelaki berpoligami hanya disebabkan nafsu semata-mata dan bukannya kerana takutkan Allah.

“Lelaki yang berpoligami ni rata-ratanya sebab zakar (nafsu), bukan sebab zikir (takutkan Allah) pun. Sebab tu mereka pilih isteri kedua lebih teliti berbanding masa pilih isteri pertama dulu,” katanya dalam komen di Facebook.

Komen tersebut dimuat naik setelah status beliau mengenai poligami perlu dihapuskan kerana sudah tidak relevan dengan budaya masyarakat sekarang.

“Amalan poligami patut dihapuskan, walaupun dibenarkan dalam Al-Qur’an, kerana ia sudah tidak sesuai dengan konstruk sosial masyarakat zaman sekarang. Sama seperti sistem perhambaan yang telah dihapuskan, walaupun dibenarkan dalam Al-Qur’an, kerana ia sudah tidak sesuai dengan konstruk sosial masyarakat zaman sekarang,” ujarnya.

Beliau juga turut memberi cadangan bahawa poligami perlu diharamkan melalui komen yang dibalas di status berkenaan.

” Haramkan saja poligami. Islam tidak gah pun kerana poligami. Malahan agama lain memandang rendah pada kita kerana amalan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, status berkenaan menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka tidak berpuas hati dengan status berkenaan. Disebabkan status itu ramai nitizen yang mengecam tindakan yang dibuat oleh Asiah Abd Jalil.

“Konstruk yang bagaimana? Hamba jelas sebab ia menakluk kemerdekaan manusia. Hamba dihapus oleh Quran dan Hadis. Lalu poligami nak dihapus atas nas mana?” kata Nabieh Rahmat.

“Inilah kalau orang bercakap tak pakai akal dengan baik dan pikir ikut logik akal diri sendiri, inilah padahnya,” ujar Muhamad Husaini Husin.

Sumber Asal: mynewsviral.com

Kredit :
Facebook Asiah Abd Jalil
SuaraTV

Reply